Piala AIRMARINE: Yusof Mahadi Tampil Jelaskan Kenapa Harga Tiket Mahal

Baru-baru ini peminat bola sepak tanah air mengeluh mengenai harga tiket kejohanan empat penjuru, Piala AIRMARINE yang dikatakan jauh lebih mahal berbanding harga tiket untuk satu perlawanan persahabatan antarabangsa.

Difahamkan pihak penganjur menetapkan harga RM45 untuk tempat duduk grandstand dan RM35 untuk tempat duduk terbuka. Semua perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia, Singapura, Afghanistan dan Oman itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, harga tiket tersebut sebenarnya melibatkan dua perlawanan dalam satu hari.

Bercakap dalam Berita Harian, beliau yakin harga tersebut tidak akan menjadi masalah kerana penyokong tetap akan hadir ke stadium bagi memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya.

FOTO: FAM

“Harga itu untuk dua perlawanan kedua-dua aksi yang dilangsungkan pada hari sama (petang dan malam). Lagi pun ia dianjurkan pihak swasta dan bukan dibawah seliaan FAM.

“Saya percaya kedua-dua pihak sudah capai kata sepakat membabitkan harga tiket. Untuk bercakap tentang harga, ia agak susah kerana ada orang katakan ia masih murah dan ada yang cakap harga itu mahal.

“Pada saya, mungkin faktor pasukan yang ambil bahagian juga menyumbang kepada harga itu memandangkan ranking mereka lebih atas daripada kita.

“Tetapi saya rasa penyokong tetap datang dan harga itu masih mampu dibayar oleh mereka untuk berikan sokongan kepada skuad kebangsaan,” jelasnya.

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu Singapura pada hari Rabu, 20 Mac 2019, jam 8.45 malam manakala Oman akan menentang Afghanistan pada pukul 4.30 petang.

Pemenang akan bertemu pada aksi final pada hari Sabtu, 23 Mac 2019, jam 8.45 malam dan dua pasukan yang tewas pula bakal beraksi pada perlawanan merebut tempat ketiga dan keempat, pada pukul 4.30 petang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN