Piala AIRMARINE: Tan Cheng Hoe Bakal Turunkan Barisan Terbaik Malam Ini

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe membayangkan akan mengekalkan separuh daripada kesebelasan utama skuad Piala AFF tahun lepas apabila melayan kunjungan Singapura dalam kejohanan Piala AIRMARINE di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Beliau juga mahu pemain memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk mendapatkan kemenangan sekaligus memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

“Kesemua pemain nampak gembira ketika sesi latihan dan saya berharap kita akan ada perlawanan yang baik esok. Tentunya para pemain tahu kejohanan ini penting dalam memperbaiki kedudukan ranking dunia,” katanya dalam Stadium Astro.

FOTO: FAM

Difahamkan kesemua pemain skuad Harimau Malaya berada dalam keadaan terbaik, termasuk pemain veteran, Nosharul Idlan Talaha, yang menyertai rakan-rakan lain dalam sesi latihan semalam.

Kapten skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, pula mengharapkan beberapa pemain baru yang disenaraikan kali ini dapat membantu rakan sepasukan lain mencipta keputusan positif menentang Singapura.

“Kami hormat Singapura dan tahu perlawanan dua negara ini unik. Perlawanan ini penting untuk kutip mata ranking dan elak bermain pusingan kalah mati kelayakan Piala Dunia, jadi kami akan buat yang terbaik dalam perlawanan menentang Singapura,” katanya.

Sementara itu, jurulatih sementara Singapura, Nazri Nasir, berharap beberapa pemainnya yang bermain dalam Liga Malaysia akan menggunakan kelebihan mereka membantu mengalahkan Malaysia dalam perlawanan esok.

“Beberapa pemain seperti Harris (Harun), Muhammad Shakir (Hamzah) dan Safwan (Baharuddin) bermain dalam Liga Malaysia dan saya berharap mereka dapat menggunakan pengalaman mereka untuk membantu pasukan kami.

“Saya percaya mereka akan berikan yang terbaik kerana pemilihan pemain untuk kejohanan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman, prestasi dan kecergasan mereka.

“Perlawanan menentang Malaysia tentunya menarik dengan kedua-dua negara ada pengalaman petermuan yang banyak dan saya sendiri sebagai bekas pemain berharap mereka akan bermain dengan baik walaupun kita tahu Malaysia mempunyai kelebihan kerana bermain di tempat sendiri,” ujarnya.

FOTO: FAM

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Oman akan bertemu Afghanistan dalam perlawanan jam 4.30 petang di stadium yang sama. Pasukan yang tewas akan bertemu bagi menentukan kedudukan ketiga/keempat manakala pemenang akan bertemu dalam perlawanan akhir. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung Sabtu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN