Piala AFF: Tiket Perlawanan Separuh Akhir Malaysia-Thailand Habis Dijual

Dalam satu muat naik di rangkaian media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, badan induk bola sepak negara itu memberitakan kemas kini terkini mengenai tiket perlawanan separuh akhir Piala AFF yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pasukan negara kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe akan berhadapan dengan Thailand pada Sabtu ini di separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018.

Malaysia, Myanmar
Foto: FAM
Kenyataan FAM

Menurut FAM, semua 80,000 tiket yang dikhususkan untuk perlawanan yang bakal berlangsung di SNBJ telah habis dijual.

“Untuk makluman semua, tiket perlawanan Separuh Akhir 1 #AFFSuzukiCup18 Malaysia lwn Thailand, Sabtu ini yang dijual secara fizikal di kaunter tiket Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula 10.00 pagi tadi telah pun habis terjual sebentar tadi, ujar kenyataan tersebut.

Sumber: FAM

“FAM turut dimaklumkan bahawa tiket yang dijual di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic sejak pagi tadi juga telah habis terjual.

“Ini bermakna, kesemua 80,000 keping tiket yang diperuntukkan termasuk 40,000 keping tiket yang dijual secara online pada Isnin dan Selasa lalu kini telah pun habis terjual.

“Terima kasih Malaysia! Jumpa anda semua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini,” ujar kenyataan penuh daripada FAM tersebut.

Kaunter diserbu penyokong Harimau Malaya

Setelah menerima sambutan memberangsangkan untuk penjualan tiket online yang mulai dijual sejak awal minggu ini, tiket fizikal untuk perlawanan tersebut mulai dibuka pada hari ini.

Semua kaunter jualan termasuk di beberapa rangkaian kedai menjual barangan sukan terkemuka negara mulai diserbu penyokong sejak awal pagi tadi.

Selain daripada jualan di beberapa kedai sukan sekitar ibu negara, kaunter jualan turut dibuka di venue perlawanan sekitar SNBJ.

Beberapa perkongsian daripada laman media sosial turut menggambarkan keterujaan penyokong bola sepak negara untuk mendapatkan tiket perlawanan – demi memberi sokongan kepada pasukan negara.

Tahniah kami ucapkan kepada semua penyokong Harimau Malaya. Seterusnya, pastikan kehadiran anda dirasai oleh barisan pemain Thailand pada Sabtu akan datang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN