Indonesia kini dalam risiko besar untuk tersingkir awal daripada saingan Piala AFF 2018 selepas tewas 4-2 di tangan Thailand. Indonesia kini dalam misi sukar untuk menamatkan kemarau tidak pernah menjulang Piala AFF dalam sejarah bola sepak mereka.
Thailand bermain dengan corak permainan menyerang dan sangat tenang dan teratur. Walaubagaimanapun, pasukan Indonesia berjaya mencipta beberapa peluang gol mereka.
Pasukan pelawat – Indonesia – terlebih berada di hadapan pada minit-28 menerusi Zulfiandi.
29' GOALLLLL! INDONESIA SCORE! 1-0!
WHAT A STUNNING STRIKE! Zufiyandi nets an absolute gem of a goal from distance. A well-deserved lead for Indonesia!
Goal of the tournament so far? #THAvIDN #AFFSuzukiCup18 #WearYourPride pic.twitter.com/BT0fXnkANH
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) November 17, 2018
Namun sayangnya, pendahuluan itu hanya bertahan 10 minit. Thailand menyamakan kedudukan menerusi Korrakot Wiriyaudomsir pada minit ke-38.
38' GOALLLLL! THAILAND ARE LEVEL! 1-1!
WHAT. HAS. HAPPENED?! Korrakot scores directly from a corner after the Indonesian goalkeeper stepped off his line!
Two stunners in one game! #THAvIDN #AFFSuzukiCup18 #WearYourPride pic.twitter.com/8sU7c05Yql
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) November 17, 2018
Ketika perlawanan menuju ke wisel separuh masa – kapten pasukan Indonesia melakukan terjahan di kawasan bahaya – dan pasukannya dihukum Thailand pada masa kecederaan separuh masa pertama. Pansa Hemviboon mengambil kesempatan di sebalik keadaan kelam kabut di hadapan gol Indonesia.
45+2' GOALLLL! THAILAND TAKE THE LEAD! 2-1!
What a scrappy, scrappy goal as Pansa Hemviboon taps in from close range after the ball is deflected into his path. Thailand take the lead right on halftime!#THAvIDN #AFFSuzukiCup18 #WearYourPride pic.twitter.com/P8czggt1zu
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) November 17, 2018
Bersambung babak kedua, Thailand terus menekan pasukan Indonesia. Dan pada minit ke-65 Thailand 3-1 di hadapan apabila Adisak Kraisorn menyusup masuk ke dalam kota penalti dan menjaringkan gol.
65' GOALLLL! THAILAND SCORE! 3-1!
Adisak strikes again! What a stunning turn and finish from the in-form striker. That's his SEVENTH goal of the competition in just over 150 minutes.
Now that's prolific! #THAvIDN #AFFSuzukiCup18 #WearYourPride pic.twitter.com/IxtQXIwOTA
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) November 17, 2018
Thailand tidak menoleh ke belakang lagi apabila mereka membunuh perlawanan dengan gol ke-4 menerusi Pokhao Anan pada minit ke-74.
73' GOALLLL! THAILAND SCORE AGAIN! 4-1!
What a stunning strike from Pokklaw Anan who chips the goalkeeper from 30 yards out! #THAvIDN #AFFSuzukiCup18 #WearYourPride pic.twitter.com/BvN4aCrdA9
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) November 17, 2018
Fachrudin Wahyudi Aryanto menjaringkan gol sagu hati buat Indonesia sebelum tamat. Keputusan berakhir 4-2.
Bima Sakti jelas tiada jawapan untuk taktikal Thailand. Beliau melakukan pertukaran lebih kepada untuk ‘fresh leg’ dan tiada perubahan taktikal. Ancaman utama daripada Indonesia sudah dijangka iaitu berpaksi pada Riko Simanjuntak.
Masalah utama pasukan Garuda adalah pertahanan yang rapuh. Seterusnya mereka kerap melakukan kesilapan yang memberikan risiko. 2 kesilapan defensif mencetuskan gol.
Filipina menang dalam satu lagi perlawanan – menentang Timor Leste. Meletakkan Indonesia kini di tangga ke-4. Indonesia sudah beraksi 3 perlawanan. Manakala Thailand, Filipina dan Singapura hanya 2 perlawanan setakat ini.