Skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) negara bakal mengharungi kejohanan penting di Asia Tenggara tidak lama lagi iaitu menyertai saingan Piala AFF di Thailand tidak lama sahaja lagi.
Tampil dengan persiapan yang dianggap tidak begitu tersusun, rata-rata komen daripada penyokong serta pemerhati bola sepak negara menganggap ia merupakan suatu cabaran sukar buat barisan pemain muda negara.
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian E. Elavarasan meneruskan hari kedua kem latihan pusat bagi menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand, 17 hingga 26 Ogos ini.
▶️ Baca penuh & lagi gambar di https://t.co/dstiqAaNhZ#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/dMW7xI8nil
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 14, 2023
Apatah lagi Malaysia B-23 sebelum ini juga tampil dengan beberapa keputusan kurang baik dalam siri kejohanan disertai mereka membuatkan ramai ragu-ragu akan cabaran mampu dibawa para pemain muda ini.
Sasaran diletakkan untuk skuad B-23 ini juga dianggap sangat sukar sebenarnya untuk cuba direalisasikan setelah melihat faktor semasa seperti persiapan serta rekod-rekod terkini pasukan itu.
Malaysia B-23 telah diletakkan sasaran untuk mara ke final pada saingan Piala AFF ini dan pastinya itu menimbulkan pertikaian dalam kalangan penyokong jika barisan anak muda itu mampu menghadapi tekanan tersebut.
Walaupun begitu, dilaporkan kini kem kebangsaan B-23 itu dilaporkan tidak panik walaupun diletakkan dengan sasaran cukup besar buat diri mereka.
Jelas E. Elavarasan selaku pengendali utama skuad B-23 ini, beliau akan berusaha untuk memastikan para pemain memberikan segalanya terbaik untuk memastikan sasaran diletakkan itu dapat dicapai.
Pengendali berpengalaman itu juga menganggap tempoh empat hari untuk mereka menjalanj sesi latihan juga merupakan bukan sesuatu masalah besar.
Ini kerana, barisan pemain yang dipanggil untuk saingan Piala AFF itu sudah pun terbiasa bersama sejak beberapa kejohanan lalu untuk cepat membentuk persefahaman antara satu sama lain.
“Sebagai pemain, sasaran final bukanlah satu tekanan tinggi sekali gus mereka kena sama-sama cuba yang terbaik untuk memperoleh keputusan positif.
“Kita tak cakap apa yang buat akan 100 peratus menjadi namun pemain secara perlahan semakin matang kerana sudah bersama sejak enam bulan lalu.
“Apa yang penting sekarang ini adalah perlu perbaiki kelemahan dan pada masa sama mengenalpasti kekuatan kita untuk lebih bersedia mengharungi kejohanan Piala AFF B-23,” katanya menerusi Harian Metro.
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian E. Elavarasan, hari ini memulakan kem latihan pusat bagi menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand, 17 hingga 26 Ogos ini.
▶️ Baca penuh & lagi gambar di https://t.co/NxY9gHDXkf#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/XFC00q04oi
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 13, 2023
Kem Malaysia B-23 dilaporkan bakal berlepas ke Rayong pada 16 Ogos ini sebelum cabaran saingan tersebut bermula pada keesokan harinya dengan membabitkan negara di Asia Tenggara.
Lawan pertama Malaysia B-23 merupakan seteru utama mereka iaitu Indonesia dan aksi dijangka berlangsung pada 18 Ogos ini sebelum empat hari kemudian membuat perhitungan seterusnya bersama Timor Leste.