Piala AFF: Permohonan FAM Ganti Penjaga Gol Diluluskan Penganjur

Permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengganti penjaga gol untuk kejohanan Piala AFF yang sedang berlangsung di Singapura telah diluluskan oleh penganjur.

Sebelum ini FAM terpaksa memohon kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk membawa penjaga gol baharu selepas Khairulazhan Khalid yang dijangkiti COVID-19.

Kelulusan oleh AFF bagaimanapun hanya terhad kepada posisi penjaga gol sahaja, dan tidak termasuk untuk menggantikan Faisal Halim yang turut dijangkiti wabak yang sama.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar selepas majlis pelancaran barangan rasmi Harimau Malaya X Al-Ikhsan dan perjanjian penajaan Al-Ikhsan dan FAM, semalam.

“Sekarang ini kita berhubung dengan Cheng Hoe untuk beliau memikirkan siapa akan dibawa ke Singapura bagi menggantikan Khairulazhan,” kata Saifuddin seperti yang dipetik daripada Berita Harian.

“Namun, kita kena faham juga proses untuk [pemain] baru nak masuk Singapura makan masa, ada prosesnya sebab kerajaan Singapura kena bagi kebenaran dia masuk ke Singapura selain perlu diasingkan selama 24 jam.”

Setakar ini dua nama pemain di posisi penjaga gol yang dikatakan di dalam pertimbangan untuk dibawa ke Singapura adalah antara Sam Somersille dan Muhammad Azri bin Ab Ghani.

Saifuddin bagaimanapun menolak kemungkinan jangkitan COVID-19 ke atas Khairulazhan dan Faisal Halim mempunyai unsur sabotaj.

Ini kerana menurut Saifuddin, tiada siapa mengetahu punca atau dari mana kedua-dua pemain boleh dijangkiti virus tersebut.

Tanpa Faisal Halim dan Kahirulazhan, skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe menggunakan Akhar Rashid di posisi sayap kiri dan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Kemboja.

Pasukan negara hanya membawa 24 pemain daripada 30 yang dibenarkan oleh penganjur ke kejohanan tersebut. Ketiadaan kedua-dua pemain dan Dion Cools yang hanya akan mendaftar diri kemudian, bermakna pasukan negara kini hanya mempunyai 21 pemain untuk berhadapan Laos esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN