Piala AFF: Belum Lagi Bergelar Juara, Skuad Vietnam Sudah Terima Bayaran Hadiah Lumayan

Keputusan seri 2-2 dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018, bermakna Vietnam memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan, sebelum menunggu kunjungan Malaysia di perlawanan timbal balik di Hanoi pada Sabtu.

Walaupun dengan kelebihan tersebut, masih ada 90 minit lagi debaran yang perlu dihadapi kedua-dua pasukan – sebelum juara mutlak kejohanan serantau edisi ke-12 itu boleh disahkan.

(Photo by Stanley Chou/Getty Images)
Sudah terima habuan

Melalui laporan Vietnamnet, akhbar Bahasa Inggeris tersebut melaporkan skuad Vietnam sudah pun menerima bayaran berjumlah USD$103,000 atau pun bersamaan RM430,000.

Jumlah wang hadiah tersebut dilaporkan dibayar oleh beberapa buah syarikat tempatan dan juga oleh Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

Daripada jumlah tersebut, USD$43,000 adalah daripada VFF, dan USD$13,000 daripada Asanzo Group.

Kerana berjaya menjaringkan dua gol di Kuala Lumpur, skuad Naga Emas turut menerima insentif sebanyak USD$43,000 daripada Vinaphone dan turut memperolehi pakej percutian bernilai USD$21,500 untuk setiap ahli pasukan dari Eurowindow.

Sebuah lagi syarikat, Thaco Group turut berjanji akan menyerahkan wang hadian bernilai USD$43,000 kepada pasukan, dan insentif khas bernilai USD$50,000 untuk ketua jurulatih Park Hang Seo jika berjaya mengesahkan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi pada Sabtu akan datang.

Hadiah kemenangan

Sebagai salah sebuah pasukan yang berjaya mara ke perlawanan akhir, Vietnam dan Malaysia masing-masing sudah mengesahkan akan menerima hadiah kemenangan berjumlah USD$100,000. Manakala jika muncul juara, maka pasukan tersebut akan menerima USD$300,000.

Vietnam akan menjadi tuan rumah kepada Malaysia di perlawanan akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu akan datang.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN