Vietnam berjaya menjadi pasukan pertama musim ini untuk mara ke final Piala AFF bawah 23 (B-23) selepas menewaskan Malaysia menerusi keputusan penuh 4-1 di Stadium Rayong, Thailand.
Seawal perlawanan berlangsung menyaksikan kedua pasukan seimbang menyusun serangan dengan intensiti ditampilkan kedua pasukan sedikit perlahan selain bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah.
GOL
Nguyen Hong Phuc 85'⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 1-4 🇻🇳 VIETNAM#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/4wG3vWwrOn
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 24, 2023
Vietnam terlebih dahulu memperoleh satu percubaan pada minit keempat menerusi satu sepakan tepat dari luar kotak penalti sebelum ditangkap kemas oleh Rahadiazli untuk menenangkan keadaan.
Sehingga kini, Malaysia jelas lebih banyak bertahan di kubu sendiri setelah Vietnam tampil dengan beberapa gerakan berbahaya di segenap arah untuk mendapatkan jaringan sulung mereka.
Malaysia terlebih dahulu dilayangkan kad kuning pertama pada minit keenam, selepas tindakan Haziq Kutty yang membuat terjagan keras kepada lawan dikesan oleh pengadil.
Akhirnya Malaysia bolos juga pada minit ketujuh menerusi satu siri serangan balas pantas dibuat Vietnam yang mudah menewaskan pertahanan negara hasil jaringan daripada penyerang mereka iaitu Ding Xuan Tien.
Sesekali Malaysia memiliki peluang mencipta serangan dengan begitu baik menerusi gandingan antara Aliff Izwan dan Najmudin untuk memecahkan tembok kebal pertahanan lawan.
Namun kualiti penyudah buat skuad muda ini masih lagi menjadi masalah utama untuk menjadikan mereka kempunan mendapatkan kembali jaringan penyamaan perlawanan.
Vietnam hampir sekali lagi mendapat peluang gol kedua untuk mengatasi Malaysia menerusi gerakan serupa dicipta ketika mereka meledak jaringan sulung sebelum itu sebelum percubaan dilepaskan mereka sedikit tersasar pada minit ke-30.
Akhirnya kesilapan pertahanan negara sekali lagi membuka peluang buat Vietnam untuk memperoleh gol kedua mereka pada minit ke-32 dengan kali Nguyen Quoc Viet mencatat nama selaku penjaring perlawanan tersebut.
Sesuatu yang sangat menyedihkan pada separuh masa pertama menyaksikan tiada langsung percubaan dilepaskan Malaysia berbanding enam dilakukan oleh Vietnam.
Malaysia terus kehilangan punca dalam perlawanan ini, selepas bolos untuk kali ketiga sebelum tiupan wisel separuh masa pertama dibunyikan pengadil dengan kali ini Ding Xuan Tien merekodkan gol kedua peribadi beliau.
Gol semangat akhirnya diperoleh Malaysia pada seawal separuh masa kedua menerusi penyerang sensasi, Alif Ikmalrizal menerusi satu tandukan berbisa pada minit ke-49 untuk cuba merapatkan jurang bersama Vietnam.
Menerusi beberapa perubahan dibuat oleh Elavarasan, Malaysia tampil sedikit menyakinkan di posisi serangan untuk memberi tekanan buat pasukan lawan.
Kelibat Alif Ikmalrizal jelas memberi masalah besar buat Vietnam di separuh masa kedua dengan beberapa kali pemain tersebut berjaya melepasi pertahanan lawan untuk mencipta peluang.
Walaupun begitu, kualiti penyudah masih menghantui skuad negara walaupun kali ini tampil lebih tersusun di posisi serangan untuk mencipta banyak peluang-peluang berbahaya.
Separuh Masa
Separuh Akhir Kejuaraan B-23 AFF 2023 | Khamis, 24 Ogos 2023
MALAYSIA 🇲🇾 0-3 🇻🇳 VIETNAM
⚽️ Dinh Xuan Tien 8' 44' Nguyen Quoc Viet 32' #FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/8AT8rdZ0sS
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 24, 2023
Vietnam menutup peluang buat Malaysia untuk cuba mencipta kebangkitan menerusi gol keempat mereka di penghujung separuh masa kedua pada minit ke-85 hasil ledakan daripada Nguyen Hong Puc.
Keputusan perlawanan kekal, dengan Malaysia gagal untuk memenuhi sasaran diletakkan supaya mara ke final selepas diketepikan oleh Vietnam menerusi keputusan penuh 1-4.
Kesebelasan utama
Malaysia B-23: Muhammad Rahadiazli Bin Rahalim (Penjaga gol), Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, Rakesh Munusamy, Nik Umar Nik Aziz, Ahmad Haziq Kutty Abba, Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal, Alif Ikmalrizal Anuar, Muhammad Aliff Izwan Yuslan, Muhammad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Syahir Bashah (Kapten), Harith Akif Mohd Shahar
Vietnam B-23: Quan Van Chuan (Kapten/Penjaga gol), Luong Duy Cuong, Nguyen Ngoc Thang, Tran Nam Hai, Nguyen Duc Viet, Ding Xuan Tien, Khuat Vang Khang, Nguyen Quoc Viet, Nguyen Minh Quang, Vo Hoang Minh Khoa, Pham Dinh Duy