Piala AFF B-23: Malaysia Gagal Atasi Thailand Dalam Penentuan Ketiga Terbaik

Malaysia bawah 23 (B-23) gagal untuk sekurangnya memastikan mereka berada dalam kedudukan ketiga terbaik saingan Piala AFF B-23, selepas tewas kepada Thailand menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 selepas masing-masing terikat 0-0 pada masa sebenar perlawanan.

Awal permainan menyaksikan Malaysia lebih unggul untuk menguasai perlawanan dengan siri serangan pantas dilancarkan dalam usaha mereka mendapatkan gol awal berbanding lawan.

Enggan membiarkan Malaysia menguasai permainan, sesekali Thailand tampil dengan serangan balas pantas serta hampir memberi masalah besar buat barisan pertahanan skuad kebangsaan.

Selepas lima minit aksi berlangsung, masih lagi tiada sebarang gol terhasil daripada kedua pasukan walaupun masing-masing meningkatkan intensiti permainan serta berbalas serangan.

Aksi-aksi kekasaran yang dilakukan oleh pemain Thailand jelas sering mendapat perhatian pengadil perlawanan, Choi Hyun-jai dengan beberapa kali wisel terpaksa ditiupkan oleh beliau bersama amaran keras dikeluarkan.

Selepas 15 minit perlawanan berlangsung, intensiti permainan tampil sedikit perlahan selain bola lebih banyak berlegar di tengah padang tanpa gerakan berbahaya dicipta kedua pasukan.

Sehingga kini, Thailand lebih banyak mendominasi perlawanan dengan posisi tengah jelas menjadi titik fokus utama mereka untuk menjana serangan serta mengawal tempo permainan berbanding Malaysia.

Memasuki minit akhir separuh masa pertama, Malaysia tampil dengan lebih baik berbanding Thailand bersama beberapa gerakan dicipta dalam usaha mendapatkan gol pertana perlawanan.

Gerakan awal separuh masa kedua daripada Malaysia hampir membuahkan hasil kepada bentuk jaringan, selepas satu percubaan berbahaya dilepaskan oleh Umar Hakeem sebelum ianya sedikit tersasar.

Thailand juga turut memberi reaksi pantas untuk turut mencipta satu percubaan tepat menerusi siri serangan balas yang dilancarkan sebelum diselamatkan oleh Azim al Amin.

Serangan demi serangan dilancarkan oleh kedua pasukan dengan intensiti permainan terus ditingkatkan, namun gol pertama perlawanan masih belum menjengah walaupun sudah memasuki minit ke-60.

Memasuki minit ke-80, kedua pasukan jelas buntu untuk mengatasi antara satu sama lain selepas masing-masing masih lagi terikat seri tanpa sebarang jaringan.

Keputusan penuh menyaksikan kedua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol dan aksi kini diheret ke penentuan penalti untuk menentukan siapa bakal pemenang untuk kedudukan ketiga bagi saingan Piala AFF 2023.

Malaysia terpaksa akur dengan keputusan penuh perlawanan, selepas penentuan penalti memihak kepada tuan rumah untuk memastikan Thailand muncul selaku pasukan ketiga terbaik dalam saingan kali ini di laman sendiri menerusi keputusan penuh 0-0 serta penalti 4-3.

Dua sepakan penalti yang gagal disempurnakan oleh pemain muda Malaysia menyaksikan mereka pulang daripada saingan tersebut dengan mendapat gelaran empat negara terbaik sahaja musim ini.

Kesebelasan utama

Malaysia B-23: Azim al Amin (Penjaga gol), Muhammad Hariz Mansor, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili (Kapten), Alif Ikmalrizal Anuar, Muhammad Aliff Izwan Yuslan, Saiful Jamaluddin, Nadzwin Mohd Salleh, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Ruventhiran, Fergus Tierney, Muhd Aiman Afif Md Afizul

Thailand B-23: Thirawooth Sraunson (Penjaga gol), Songchai Thongcham (Kapten), Phanthamit Praphanth, Nethithorn Kaewcharoen, Apisit Saenseekhammuan, Chiraphong Raksongkham, Kritsada Nontharat, Chukid Wanpraphao, Natcha Promsomboon, Varintorn Watcharapringam, Kasidit Kalasin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN