Saingan Piala AFF B-23 terus bersambung untuk aksi malam ini bagi Kumpulan B dengan membabitkan perlawanan kedua buat Malaysia menentang Timor Leste dalam misi mereka untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
Bermula dengan langkah kanan pada perlawanan sulung lalu, para pemain muda negara tampil dengan kejutan untuk mencipta kemenangan tipis ke atas Indonesia menerusi keputusan penuh 2-1.
Hari Perlawanan 3 | Selasa, 22 Ogos 2023
Kumpulan B • Kejuaraan B-23 AFF 2023
⚽️ TIMOR-LESTE 🇹🇱 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕗 8:00pm (TH) 🕘 9:00pm (MY)🏟 Stadium Rayong, Thailand
📺 Siaran langsung di Saluran Sukan RTMhttps://t.co/d5vjqVOY5i#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/mWpEmwgeUO— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 22, 2023
Apa tidaknya, Indonesia hadir dengan reputasi cukup tinggi selepas masih segar dengan kejayaan mereka untuk memperoleh pingat emas dalam acara bola sepak di Sukan SEA lalu.
Walaupun kem kebangsaan sebelum ini antara yang dikritik kerana membuat persediaan secara terburu-buru, E. Elavarasan selaku pengendali utama masih mampu untuk menghadirkan keputusan positif buat pasukan negara.
Jika dilihat senarai nama yang dipanggil kali ini, jelas pemain serangan berbisa seperti Haqimi Azim, Daryl Sham, serta T. Saravanan tidak tersenarai dan dianggap sedikit merisaukan mengenai kualiti penyudah.
Namun, pemain yang sedia ada kini juga sudah pun membuktikan mereka layak untuk menyarung jersi kebangsaan bersama kualiti permainan yang semakin matang di posisi serangan.
Najmudin Akmal
Pemain sayap serangan negara ini antara paling menonjol ketika aksi lalu menentang Indonesia selepas kelincahan beliau menyukarkan barisan pertahanan lawan sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Posisi Najmudin antara yang paling kerap digunakan skuad kebangsaan ketika situasi serangan balas pantas dilancarkan, selepas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu memiliki kualiti daripada segi gelecekan, kepantasan, serta visi sangat tinggi.
Gandingannya bersama M. Rakesh di posisi kanan jelas mendapat pujian positif daripada para penyokong negara selepas kedua pemain muda itu menunjukkan persefahaman cukup tinggi dalam menggerakan serangan Malaysia.
Rahadiazli Rahalim
Penjaga gol utama skuad B-23 ini bukan lagi nama asing buat bola sepak Malaysia selepas dirinya antara wajah yang kerap dipanggil untuk menyertai saingan peringkat antarabangsa dalam pelbagai lapisan usia termasuk senior.
Persiapan terakhir skuad Harimau Malaya B-23 kendalian E. Elavarasan di Stadium Nonglalok, Rayong, malam ini, menjelang perlawanan menentang Timor-Leste di Stadium Rayong, 9.00 malam esok (Waktu Malaysia).
▶️ Lagi gambar di https://t.co/4S7OA5fNvc#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/YnBpv0PVMt
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 21, 2023
Pada aksi lalu, Rahadiazli dianggap menjadi wira buat kem negara selepas ketangkasannya menyelamatkan banyak percubaan-percubaan berbahaya dilancarkan Indonesia.
Menerusi momentum semasa dipamerkan oleh penjaga gol muda Terengganu itu, pastinya nama beliau akan terus disenaraikan oleh Elavarasan dalam senarai kesebelasan utama untuk memastikan gawang gol negara tidak bocor pada aksi kedua ini.
Fergus Tierney
Penyelamat skuad B-23 negara ini sudah tentu kini berada dalam keadaan sangat baik serta bermotivasi tinggi untuk aksi seterusnya selepas cemerlang meledak dua jaringan ketika bertemu Indonesia.
Hadir selaku pemain gantian, Tierney dilihat cepat menyesuaikan diri dengan permainan dan bijak mengawal tempo serangan bersama rakan sepasukan lain untuk memberi ancaman buat pertahanan lawan.
Menerusi kualiti fizikal serta ketajaman beliau di hadapan gol, penyerang berbisa JDT II ini pastinya akan terus menjadi senjata rahsia Elavarasan dalam usaha mereka untuk mempertajamkan aspek serangan.