Pengendali skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) iaitu E. Elavarasan kini menjadi sebagai antara individu paling sibuk untuk membuat persiapan rapi sebelum menghadapi saingan Piala AFF B-23 yang akan bermula tidak lama sahaja lagi.
Hadir dengan tempoh persiapan yang singkat, pastinya pengendali tersebut enggan melihat pasukan dikendalikannya itu pulang lebih awal pada kejuaraan tersebut dengan sasaran mara ke final sudah pun diletakkan.
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian E. Elavarasan di KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, 17 hingga 26 Ogos ini.
Penerbangan diuruskan oleh @MAS Rakan Penerbangan Rasmi FAM. #FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/giSMpFu3fq
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 16, 2023
Jurulatih berpengalaman luas itu juga pastinya enggan menjadikan skuad kendaliannya itu terus dirundung dengan keputusan negatif sehingga mendapat kritikan daripada para penyokong.
Ini kerana, Malaysia B-23 antara pasukan yang tampil dengan kualiti cukup mengecewakan pada saingan Sukan SEA lalu walaupun mencatat keputusan positif ketika kejuaraan Merlion Cup.
Menerusi keputusan lalu itu, Elavarasan menganggap ianya sebagai suatu pengalaman cukup berguna buat dirinya serta para pemain muda negara untuk tampil lebih baik.
Malah, beliau juga mengakui sudah mengesan kelemahan dimiliki skuad negara ketika itu dan berharap agar para pemain muda tersebut mampu untuk tampil dengan lebih konsisten pada kejohanan kali ini.
“Ini (Kejuaraan B-23 AFF) adalah kejohanan ketiga kita selepas Piala Merlion dan Sukan Sea 2023. Kegagalan di Sukan Sea menunjukkan apa yang kita kurang dan apa yang perlu kita tambah baik supaya kita terus meningkat.
“Bukanlah satu pengajaran tetapi kita memerlukan masa dan pengalaman. Semua ini adalah proses jadi ia mengambil masa tetapi kita perlu kerja keras untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Semua pasukan pasti sasarkan final dan kita perlu ada sasaran kerana tidak bagus kalau tidak ada sasaran yang diletakkan,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan Harian Metro.
Pada masa sama, Elavarasan mengakui Indonesia B-23 antara pasukan yang perlu diberi perhatian pada saingan tersebut berdasarkan reputasi serta persiapan telah dibuat pasukan tersebut.
Malah, Indonesia juga turut menyenaraikan bintang penyerang muda berbakat besar mereka iaitu Ramadhan Sananta untuk saingan Piala AFF kali ini.
Walaupun begitu, Elavarasan percaya barisan pemainnya itu mampu melalui segala cabaran tersebut dan menjangkakan aksi sengit akan berlaku.
Senarai Akhir 23 Pemain Harimau Malaya B-23 Ke Kejuaraan B-23 AFF 2023
▶️ Baca siaran media penuh di https://t.co/8hP9bV2WQs#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/Dq5zdP6tVj
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 16, 2023
“Indonesia menurunkan skuad terbaik mereka dan dengan kendalian jurulatih skuad utama, pemain mereka pasti bersemanga untuk menunjukkan mereka berada pada tahap berbeza.
“Ia bukanlah aksi yang mudah tetapi semua perlawanan amat penting untuk kita. Ia satu pengalaman yang baik untuk lihat bagaimana peningkatan kita berbanding sebelum ini,” katanya akhir sekali.