Indonesia bawah 23 (B-23) berjaya mengesahkan diri mereka ke final dalam saingan Piala AFF B-23 untuk membuat perhitungan seterusnya bertemu Vietnam bagi menentukan siapa juara musim ini.
Tampil dalam aksi separuh akhir sebelum itu, skuad kendalian Shin Tae-yong tidak mengalami sebarang masalah untuk melangkah ke pentas akhir selepas cemerlang menewaskan Thailand menerusi keputusan penuh 3-1.
📸 Potret aksi Timnas U-23 Indonesia pada laga kontra Thailand.
Bagaimana opini kamu, sobat Garuda? 👀#KitaGaruda #GarudaMendunia pic.twitter.com/YTcNHb9Jm2
— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) August 25, 2023
Tiga gol Indonesia berjaya diledak hanya pada separuh masa pertama menerusi Jeam Kelly Sroyer, Muhammad Ferarri, serta jaringan sendiri daripada pemain tuan rumah iaitu Natcha Prosomboon.
Jaringan tunggal Thailand yang cuba menghidupkan peluang pada pertengahan separuh masa pertama menerusi Chukid Wrapaphao gagal untuk ditambah pada aksi berikutnya.
Dengan ini, Thailand sah bakal menghadapi Malaysia untuk penentuan tempat ketiga dan keempat, sementara Vietnam bakal membuat perhitungan seterusnya pula bersama Indonesia.
Sesuatu yang menarik tentang Sang Garuda pada saingan ini bila mereka tidak mempertaruhkan ramai pemain-pemain utama dan bermula dengan langkah kiri sejak peringkat kumpulan.
Pada perlawanan pertama lalu, Indonesia gagal untuk mencatat keputusan positif selepas dikecewakan oleh seteru utama, Malaysia menerusi keputusan penuh 1-2 dan gol tunggal mereka dijaringkan menerusi penyerang berbisa, Ramadhan Sananta.
Untuk aksi kedua, tekanan semakin memuncak selepas mereka hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ketika bertemu Timor Leste sambil menunggu peluang untuk muncul selaku status ‘runner up’ terbaik bagi mengiringi Malaysia.
Hadir bertemu Thailand, tidak ramai menjangkakan Indonesia mampu mengulangi kejayaan final Sukan SEA lalu selepas hadir dengan serba kekurangan serta kelebihan lawan beraksi di laman sendiri.
Namun hasilnya, Indonesia berjaya membuktikan mereka telah mempelajari segala kelemahan pada dua aksi lalu untuk tampil menewaskan lawan.
Apakah sudut kelemahan yang telah diperbaiki Indonesia untuk melakar kebangkitan mara ke final edisi kali ini?
Mentaliti yang kuat
Dua aksi awal Indonesia menyaksikan mereka tampil dengan tekanan untuk mencipta kemenangan selepas membawa reputasi tinggi selaku pemenang pingat emas Sukan SEA.
Kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam aksi sebelum itu disebabkan faktor tekanan dialami dan aksi semalam membuktikan mereka lebih baik serta tidak beremosi untuk melayan provokasi lawan yang beraksi dengan sangat kasar.
Variasi serangan lebih kreatif
Indonesia menjadi kritikan ramai sebelum ini disebabkan ketajaman serta kreativiti mereka dalam mencipta serangan sangat lemah walaupun menguasai permainan.
Malah, mereka juga dilihat bergantung tinggi kepada Ramadhan Sananta untuk mencipta nama selaku penjaring gol selain gerakan dibina mudah dibaca lawan.
Aksi semalam menyaksikan Indonesia hadir dengan sangat kreatif mencipta peluang di hadapan gol dengan variasi serangan dibina sesama mereka untuk menyukarkan Thailand.
Tendangan Haykal berhasil mengganggu lini pertahanan Thailand.
Skor sementara
Thailand 1-3 Indonesia#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/pkJ8LIgHWd— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) August 24, 2023
Kesimpulannya, Indonesia bukan sebuah pasukan yang sangat kuat dan bermula dengan langkah kiri untuk aksi ini.
Namun skuad kendalian Shin ini dilihat berjaya mengalami evolusi yang sangat baik selepas mempelajari setiap kelemahan dalam aksi-akai dihadapi mereka sebelum itu.