Skuad kebangsaan bawah 19 (B-19) dilihat kehilangan momentum terbaik mereka menjelang aksi separuh akhir Piala AFF B-19 semalam apabila mencatat kekalahan di tangan Laos bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan B.
Menyedari lawan seterusnya tampak lebih baik berbanding Laos, nyata skuad muda negara perlu membero fokus terbaik serta berdisiplin sepanjang perlawanan hari esok.
Perlawanan Seterusnya!
Separuh Akhir • Kejuaraan B-19 AFF 2022
⚽ VIETNAM 🇻🇳 🆚 🇲🇾 MALAYSIA
📆 Rabu, 13 Julai 2022
🕓 4.30 petang (Waktu Malaysia)
🏟️ Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi#FAM #HarimauMalaya #AFFU19 pic.twitter.com/DITUT12kCW— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 12, 2022
Malaysia bakal berdepan juara Kumpulan A itu esok di Stadium Patriot Candrabhaga, di Indonesia untuk menentukan pasukan mana yang bakal layak beraksi di pentas final dan merebut gelaran juara.
Hassan Sazali Waras selaku pengendali negara menasihatkan agar para pemain sentiasa berhati-hati dengan setiap pergerakan dicipta pihak lawan terutama sekali di hadapan gawang.
Beliau juga mahu para pertahanan lebih peka untuk tidak membiarkan serangan Vietnam sewenang-wenangnya mencerobohi benteng negara.
“Vietnam agak bagus, jadi kita tak boleh bagi peluang atau ruang lebih besar untuk mereka merancang pergerakan,” katanya menerusi Arena Metro ketika ditanya mengenai perancangannya untuk aksi separuh akhir itu nanti.
Skuad kebangsaan berjaya menembusi pusingan separuh akhir setelah muncul sebagai naib juara Kumpulan B walaupun merekodkan keputusan tewas semalam.
Juara Kumpulan B pula bakal berdepan Thailand yang tampil selaku naib juara Kumpulan A di belakang Vietnam untuk perhitungan sebelum mara ke pentas final.
Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B, Kejuaraan B-19 AFF 2022
* Selepas Hari Perlawanan 5 pada Isnin, 11 Julai 2022
KEMBOJA 🇰🇭 1-4 🇹🇱 TIMOR-LESTE
MALAYSIA 🇲🇾 0-1 🇱🇦 LAOS▶️ Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Vietnam pada separuh akhir, Rabu ini#FAM #HarimauMalaya #AFFU19 pic.twitter.com/EMs3ZnATnE
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 11, 2022
Menurut pengendali berpengalaman itu, beliau percaya para pemain bakal mencipta kebangkitan dalam aksi seterusnya berdepan Vietnam, meskipun tewas di tangan Laos semalam.
“Saya berharap kita kembali bangkit di perlawanan separuh akhir menentang Vietnam nanti (esok).
“Mungkin dengan kesilapan kita (ketika menentang Laos) walaupun kita berusaha untuk mencapai kemenangan, tapi dengan satu kesilapan kita terpaksa menerima kekalahan ini.
“Peluang yang diperolehi kita tidak dapat menyudahkannya. Pada minit terakhir kita menguasai penuhnya permainan, tapi peluang tidak dapat disempurnakan,” katanya mengulas tentang aksi dengan Laos itu.
Dalam masa sama, Hassan juga berharap para pemain yang sebelum itu mengalami kecederaan sempat pulih untuk menghadapi aksi getir bagi memburu tiket ke final.
Keputusan Masa Penuh
Kejuaraan B-19 AFF 2022 | Isnin, 11 Julai 2022
MALAYSIA 🇲🇾 0-1 🇱🇦 LAOS
⚽️ Phoutthavong Sangvilay 68' (P)
▶️ Malaysia naib juara Kumpulan B & akan bertemu juara Kumpulan A, Vietnam pada separuh akhir, Rabu ini
Kredit Foto: AFF#FAM #HarimauMalaya #AFFU19 pic.twitter.com/Pv8vJgaE2N
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 11, 2022
“Ada beberapa pemain utama mengalami sedikit kecederaan dan ada yang direhatkan (tidak diturunkan bertemu Laos) supaya mereka boleh memberi tumpuan bagi separuh akhir.
“Selepas ini kita balik (semalam) dan ada satu hari rehat (hari ini), saya harap dengan tempoh itu kita dapat segarkan pemain sebelum perlawanan,” katanya.