Setelah tahun 2022 dianggap sebagai musim gemilang buat bola sepak negara di pentas antarabangsa, kini tumpuan bakal terarah kepada skuad kebangsaan bawah 16 (B-16) yang bakal mengharungi aksi Piala AFF di Indonesia.
Sebelum itu, kejayaan skuad negara B-19 masih lagi segar dengan kejayaan mereka menjuarai Piala AFF di Jakarta setelah menumpaskan Laos dalam aksi final.
Skuad Harimau Malaya B-16 kendalian Osmera Omaro di KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Jakarta, Indonesia bagi menghadapi Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Yogyakarta, 31 Julai hingga 12 Ogos 2022.
Penerbangan diuruskan oleh @MAS Rakan Penerbangan Rasmi FAM#FAM #HarimauMalaya #AFFU16 pic.twitter.com/eeEZ8C22wb
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 29, 2022
Jika diimbas skuad senior pula, Kim Pan-gon selaku pengendali utama berjaya membawa Malaysia melayakkan diri ke Piala Asia setelah tampil cemerlang dalam aksi kelayakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Menurut pengendali skuad B-16 iaitu Osmera Omaro, beliau mahu para pemain meletakkan mentali juara sebagai pegangan mereka dalam kejohanan yang bakal berlangsung pda hari Ahad ini.
Jelas beliau, menyasarkan juara merupakan perkara paling realistik ketika ini setelah melihat sendiri prestasi semasa mereka dalam sesi latihan.
“Saya rasa sekiranya kita pergi ke sesuatu kejohanan, pastinya kita akan cuba capai keputusan paling terbaik dan realistik.
“Jadi saya rasa sasaran juara pada edisi kali ini adalah realistik dan boleh dicapai,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jakarta, hari ini menerusi Arena Metro.
Untuk rekod, Malaysia pernah menjulang kejuaraan tersebut sebanyak dua kali pada tahun 2013 dan 2019, serta bakal memegang gelaran tersebut untuk kali ketiga sekiranya mereka menjuarainya tahun ini.
Dalam masa sama, Osmera menganggap skuad kendalian Kim Pan-gon dan Hassan ssazali Waras sebagai inspirasi buat dirinya serta para pemain untuk mencipta sesuatu pada saingan kali ini dengan langkah yang positif.
“Semua kejayaan ini memberi inspirasi kepada pasukan saya dan kepada peminat bola sepak bahawa pasukan negara mampu mencapai sesuatu.
“Setakat ini, pasukan berada dalam situasi sangat baik dan keyakinan mereka cukup tinggi untuk menghadapi saingan kali ini,” katanya.
Jika dilihat pada undian kali ini, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C yang dilihat sangat seimbang apabila bersama Kemboja, Myanmar, dan Laos.
Senarai Akhir 25 Pemain Ke Kejuaraan B-16 AFF 2022 Di Yogyakarta, Indonesia (31 Julai – 12 Ogos 2022)
Baca siaran media penuh di ➡️ https://t.co/bKXLhqwgy3#FAM #HarimauMalaya #AFFU162022 pic.twitter.com/8SGYIxK1jH
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 29, 2022
Kali terakhis skuad negara menjuarainya adalah pada tahun 2019 dengan Malaysia berjaya menewaskan Thailand dengan keputusan 2-1 di Stadium IPE Chonburi.