Piala AFF 2022: Pengurus Indonesia Harap Pemain Jangan Mengalah Sebelum Bertemu Thailand

Indonesia jelas mempamerkan karakter yang sangat baik pada dua perlawanan awal Piala AFF kali ini, selepas cemerlang mencatat kemenangan berturut-turut serta mempamerkan mutu permainan berkualiti.

Terbaharu, mereka berjaya mengetepikan Brunei menerusi keputusan 7-0 serta dilihat tidak menghadapi sebarang masalah untuk menghadapi lawan sepanjang 90 minit aksi berlangsung.

Namun untuk perlawanan seterusnya, ia dilihat sedikit mencabar apabila mereka bakal berhadapan dengan salah satu pasukan pilihan iaitu Thailand.

Thailand yang tampil serba garang, dilihat tidak bermasalah langsung untuk menghadapi saingan Piala AFF kali ini walaupun tampil tanpa kehadiran beberapa pemain uama mereka.

Walaupun begitu, pengurus Indonesia iaitu Endri Erawan melaungkan kata-kata semangat buat para pemain supaya tidak boleh mengalah sebelum perlawanan berlangsung.

Perlawanan ini dianggap sangat penting buat Indonesia kerana ia berpotensi untuk menentukan mereka mara ke separuh akhir saingan tersebut.

Tambahan pula Indonesia juga mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) yang pastinya akan dihadiri ramai para penyokonh untuk memberi sorakan semangat.

“Pada pendapat saya, kita perlu memberi fokus penuh dalam membuat persiapan untuk aksi seterusnya menentang Thailand.

“Jangan sesekali untuk merasa gugup menentang mereka biarpun Thailand merupakan salah satu pasukan terkuat dan menjadi lawan sengit buat Indonesia. Dalam erti kata lain, jangan kalah sebelum berjuang,” jelas beliau dengan bersemangat menerusi Bola.com.

Pada masa sama, Endri juga mahu barisan pemain Indonesia tanam mentaliti dengan menganggap Thailand juga merupakan pasukan yang biasa.

Perkara ini dianggap penting kerana beliau tidak mahu para pemain terganggu fokus mereka untuk menghadapi lawan pada hari Khamis ini.

“Di belakang para pemain ada jurulatih yang sangat bagus untuk memberi motivasi serta membina semangat mereka di atas padang.

“Jadi kita perlu menganggap Thailand sama seperti kita. Jangan sesekali takut dan mereka perlu tampil berani untuk menghadapinya,” tambah Endri.

Untuk rekod, kali terakhir Indonesia bertemu Thailand adalah pada tahun lalu untuk aksi final Piala AFF 2020 dengan Sang Garuda tewas secara agregat 2-6.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN