Piala AFF 2022: Malaysia Catat Purata Kehadiran Penyokong Tertinggi

Malaysia

Sokongan padu yang berikan kepada pasukan Harimau Malaya oleh para penyokong telah membuatkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) begitu ampuh dan sukar untuk ‘dirobohkan’ pihak lawan.

Hal ini kerana, Malaysia telah mencatatkan purata kehadiran penyokong tertinggi bagi saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2022.

Menurut data ASEAN Football, Malaysia menjadi pendahulu kepada rekod purata kehadiran penyokong ke stadium dengan mencatatkan 47,554 kedatangan ekor Harimau Malaya.

Purata kehadiran penyokong ke SNBJ ini jauh meninggalkan negara-negara lain seperti Indonesia dan juga Vietnam.

Indonesia hanya mampu menduduki tangga kedua dengan mencatatkan purata sekitar 37,658 sahaja – hampir 10 ribu perbezaan jika hendak dibandingkan dengan SNBJ.

Bagi Vietnam pula, purata kehadiran yang mengecewakan apabila mereka jauh ketinggalan apabila mereka cuma mencatatkan 14,560 sahaja.

Berikut merupakan senarai penuh purata kehadiran penyokong di setiap negara pada aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022:

  1. Malaysia – 47,554
  2. Indonesia – 37,658
  3. Vietnam – 14,560
  4. Thailand – 7,491
  5. Laos – 5,663
  6. Kemboja – 5,514
  7. Singapura – 5,402
  8. Myanmar – 4,300
  9. Brunei – 2,959
  10. Filipina – 2,010

Apa makna semua ini?

Rekod yang begitu hebat ditonjolkan penyokong Harimau Malaya ini seolah tidak memberikan makna menjelang aksi separuh akhir menentang Thailand Sabtu ini.

Jumlah purata kehadiran yang tinggi ini pastinya disokong oleh kebanjiran penyokong Malaysia yang turun terutamanya pada perlawanan menentang Singapura tempoh hari. Ketika itu, hampir 70 ribu penyokong datang untuk menggerunkan Sang Singa.

Akan tetapi, kegerunan itu mungkin akan hilang sedikit bisanya apabila Sabtu ini akan ada maksima 59 ribu penyokong sahaja yang dapat memasuki stadium.

Hal ini kerana, sebahagian stadium terpaksa ditutup kerana persediaan SNBJ untuk mengadakan konsert artis Taiwan, Jay Chou tidak lama lagi.

Penutupan sebahagian kawasan stadium ini amat merugikan kerana ianya akan menyebabkan 21 ribu penyokong terpaksa ‘dikorbankan’ bagi menjayakan konsert itu.

Ramai penyokong yang kecewa dengan situasi ini dengan Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh serta timbalannya, Adam Adli kini menjadi sasaran kecaman ekor Harimau Malaya.

Masa semakin suntuk dengan dilaporkan jualan tiket sudah pun licin, Hannah dan Adam seharusnya melakukan sesuatu untuk sekurang-kurangnya lebih banyak lagi tempat duduk dibuka untuk perlawanan penting Sabtu ini.

Apalah makna beraksi di SNBJ jika tidak menggerunkan pihak lawan? Seluruh Asia Tenggara tahu yang Harimau Malaya kuat di laman sendiri kerana penyokongnya.

Masa masih ada walaupun suntuk untuk pihak berkaitan mencari jalan mengatasi hal ini. Penyokong menanti berita gembira daripada mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN