Piala AFF 2022: Lawan Thailand Memang Sukar Tapi Harimau Malaya Sudah Asah Kuku

Harimau Malaya

Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menegaskan yang pasukannya kini telah bersedia untuk menentang Thailand pada Sabtu ini.

Bagi jurulatih dari Korea Selatan itu, skuadnya kini dalam proses pemulihan dan sedang ‘mengecaj’ tenaga sebelum berdepan Gajah Perang di Bukit Jalil.

Bercakap kepada para media di Bukit Jalil, Kim mengatakan yang skuadnya dalam tahap terbaik untuk mencari kemenangan.

“Para pemain sedang menjalani pemulihan dengan baik daripada perlawanan yang lalu.

“Mereka kini dalam tahap motivasi yang terbaik. Mereka kini sangat teruja untuk memberikan persembahan yang terbaik buat penyokong,” kata Kim.

Bagi Brendan Gan pula, perlawanan menentang Thailand ini bukannya mudah buat skuad Malaysia dan ini adalah penting buat Harimau Malaya berada dalam tahap optimum untuk meraih kemenangan.

Gan menyedari yang aksi pada malam esok adalah amat penting kerana prestij kejohanan Piala AFF itu sendiri bagi penyokong Malaysia dan warga Asia Tenggara amnya.

“Ianya bukan satu perlawanan yang mudah apabila berdepan dengan Thailand dan para pemain begitu teruja untuk beraksi seperti yang dikatakan oleh jurulatih. Mereka begitu bersemangat menyarung [jersi] Harimau Malaya.

“Ia adalah perlawanan separuh akhir yang cukup besar buat kejohanan di Asia Tenggara dan kami akan teruja untuk itu dan berharap perlawanan ini akan menjadi satu aksi yang menarik,” kata Gan.

Skuad Malaysia akan turun dengan skuad yang tiada masalah untuk Kim memilih siapa yang hendak diturunkannya pada malam esok.

Hanya Khuzaimi Piee dan Azam Azmi masih tidak dapat diturunkan kerana faktor kecederaan dan penggantungan.

Menurut Kim, Khuzaimi kini turut dalam proses pemulihan tetapi tidak pasti sama ada akan dapat diturunkan pada esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN