Sebentar tadi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan senarai 41 pemain yang akan menjalani kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada 29 November ini untuk menghadapi dua perlawanan ujian.
Dalam misi persediaan bagi menghadapi saingan Piala AFF 2022 yang akan berlangsung pada penghujung Disember ini, Malaysia terlebih dahulu akan mengadakan aksi persahabatan Tier 1 bersama Kemboja dan Maldives.
Siaran Media: Senarai 29 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula 29 November 2022
▶️ Baca penuh di https://t.co/b6Ycqpp2Xo#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/IhzWjoq7cd
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 23, 2022
Kedua perlawanan tersebut akan berlangsung pada 9 dan 14 Disember ini dan menjadi medan terbaik buat Kim Pan-gon untuk menguji para pemainnya sebelum menghadapi kejohanan Piala AFF 2022.
Menurut kenyataan FAM, selepas mengharungi dua aksi persahabatan itu, Pan-gon akan menilai anak-anak buahnya sebelum membuat senarai akhir untuk memilih 23 pemain terbaik ke saingan Piala AFF 2022 peringkat Kumpulan B.
Terlebih dahulu, Malaysia akan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember 2022, Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember 2022, Vietnam di Hanoi pada 27 Disember 2022 dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari 2023.
Jika Malaysia berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan B, saingan separuh akhir akan berlangsung pada 6/7 Januari 2023 dan 9/10 Januari 2023 manakala Final pula dijadual pada 13 dan 16 Januari 2023, semuanya secara timbal balik.
Antara pemain baharu yang menjadi tumpuan telah terpilih kali ini ialah David Rowley, Lee Tuck, dan Sergio Aguero yang bakal menambah sengat terbaharu skuad kendalian Pan-gon.
Pemilihan Aksi Pemanas Badan Bertemu Kemboja & Maldives Bersesuaian Dengan Persiapan Harimau Malaya Menjelang Piala Mitsubishi Electric AFF 2022
▶️ Baca kenyataan penuh Kim Pan Gon di https://t.co/jeAKfzHOmL#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/WOA9mz9hAg
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 31, 2022
Persoalannya, sejauh mana ketiga pemain ini mampu memberi impak buat skuad kebangsaan dan lebih unik, Lee Tuck bersama Aguero menjadi pemain naturalisasi seterusnya yang bakal menyarung jersi skuad kebangsaan.
Untuk Rowley, ia merupakan perkara yang paling beliau tunggu selama ini untuk menyarung jersi skuad kebangsaan dan prestasi pemain tersebut juga jelas sangat positif bersama Sri Pahang.
Manakala, beberapa pemain tonggak sebelum ini yang tidak dapat bersama menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan ialah Arif Aiman, Corbin Ong, Natxo Insa, dan beberapa nama lagi dilihat sedikit sebanyak menjadi kegusaran dari segi kekuatan tengah dan serangan.
Menurut FAM, nama yang tidak dapat beraksi tersebut tidak menjadi isu buat kem kebangsaan kerana kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau pertandingan, dan tidak wajib melepaskan pemain yang sama untuk lebih dari satu perlawanan akhir pasukan wakil “A” setiap tahun di mana pengecualian kepada peraturan ini boleh ditetapkan oleh Majlis FIFA bagi Piala Konfederasi FIFA sahaja.
“Ia berdasarkan Peraturan Status Perpindahan Pemain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 yang menyatakan bahawa kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau pertandingan.
47' GOL | Rembatan David Rowley dari luar kotak penalti menewaskan Syihan Hazmi untuk gol kedua!@OfficialPahang 2-0 @nsfc1923 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/fhH5LV68qQ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 15, 2022
“Selain itu kelab juga tidak wajib melepaskan pemain yang sama untuk lebih dari satu perlawanan akhir pasukan wakil “A” setiap tahun di mana pengecualian kepada peraturan ini boleh ditetapkan oleh Majlis FIFA bagi Piala Konfederasi FIFA sahaja.
“Sebagai menghormati Peraturan FIFA, 12 pemain tersebut tidak akan disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya ke Piala Mitsubishi Electric AFF 2022,” jelas kenyataan tersebut.
Jadual Perlawanan Kumpulan B Piala Mitsubishi Electric AFF 2022
✈️ Yangon 🇲🇲 21 Disember, 🛩 Kuala Lumpur 🇲🇾 24 Disember, ✈️ Hanoi 🇻🇳 27 Disember, 🛩 Kuala Lumpur 🇲🇾 3 Januari 2023.
ℹ️ Info penjualan tiket akan dimaklumkan.#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/SHJ2aGx7Ws
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 22, 2022
Tujuh nama pemain yang berada dalam senarai bersedia untuk dipanggil pula ialah Muhammad Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Alif Zakaria, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim, Muhammad Fazly Mazlan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, Muhammad Irfan Zakaria, dan Nicholas Ryan Swirad.