Piala AFF 2022: Kim Pan-gon Mahu Faisal Halim Menang Kasut Emas

Faisal Halim

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim menyatakan jurulatih Malasysia, Kim Pan-gon meletakan harapan tinggi kepada dirinya untuk memenangi kasut emas dalam Piala AFF 2022.

Ketika ini, Faisal dan Kenshiro Daniels dari Filipina sedang berkongsi penjaring terbanyak dengan tiga jaringan.

Dua perlawanan, tiga jaringan berjaya dihasilkan oleh pemain lincah negara ini. Jika diambil kira dua perlawanan persabahatan sebelum menjelang Piala AFF, setiap perlawanan nama beliau akan berada dalam senarai penjaring.

Ini menunjukkan Faisal berada di tahap terbaik dan merupakan pemain penting buat Malaysia saat ini.

Biarpun impan Kim ingin melihat pemain berusia 24 tahun menjadi penjaring terbanyak, namun itu bukan agenda utama Faisal untuk pasukan sebaliknya kemenangan lebih penting.

“Pan-gon memberitahu kepada saya berkenaan impiannya tetapi untuk saya, kemenangan buat pasukan lebih penting dan menjadi penjaring terbanyak.

”Saya ingin membawa Malaysia ke pentas akhir dan ini adalah perkara utama kami sebagai pemain. Jika saya dapat penjaring terbanyak itu adalah bonus,” katanya.

Jika peminat mengikuti perkembangan Faisal sepanjang musim ini, prestasi beliau bersama Terengganu memang tengah berada di puncak.

Apa sahaja beliau lakukan seperti gerakan dari tepi atau melakukan pelbagai percubaan untuk mendapatkan jaringan, mesti akan membuahkan hasil sama ada menjaringkan gol atau bantuan jaringan kepada rakan sepasukan.

Meskipun sedang menjadi perhatian peminat di Malaysia, pemain kelahiran Pulau Pinang ini tetap menganggap apa yang beliau dapat ini adalah hasil usaha bersama rakan sepasukan kerana tanpa mereka, belum tentu dirinya mampu mendapatkan jaringan demi jaringan untuk capai kemenangan.

Selepas ini sudah pasti pergerakan Faisal menjadi semakin sukar kerana lawan yang mereka akan memberi perhatian lebih kepada dirinya dan pelbagai usahakan akan dilakukan bagi memastikan beliau tidak mencetak jaringan.

Dari satu sudut, ia akan memberi masalah kepada kem Malaysia namun begitu, ini adalah peluang terbaik untuk pemain lain menunjukkan diri mereka juga sama hebat seperti Faisal serta membuktikan tindakan mengunci pergerakan seseorang pemain itu hanya sia-sia.

Bagi perlawanan menentang Vietnam di Hanoi pada 27 Disember ini, beliau dan rakan-rakan berjanji akan memberi aksi terbaik untuk mendapatkan kemenangan atau paling kurang satu mata berharga berjaya di bawa pulang.

Perlawanan ketiga ini juga amat penting buat Malaysia kerana mereka tidak boleh keciciran mata selain akan menjadi congakan awal di separuh akhir nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN