Piala AFF 2022: ‘Kebijakan’ Pengadil Jepun Pastikan Malaysia Ditumbangkan Vietnam

Malaysia terpaksa menerima hakikat kekalahan mereka buat pertama kali dalam saingan Piala AFF 2022, selepas mereka tewas di tangan Vietnam menerusi keputusan 0-3.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium My Dinh itu, watak pengadil perlawanan iaitu Ryuji Sato jelas mencuri tumpuan selepas keputusannya yang dianggap kontroversi, telah memberi layangan kad merah serta keputusan penalti buat skuad negara.

Awal perlawanan menyaksikan kedua pasukan seimbang saling berbalas serangan, dan tiasa sebarang percubaan berbahaya terhasil untuk menguji penjaga gol masing-masing.

Malaysia memperoleh peluang awal mereka selepas lima minit aksi berlangsung menerusi sepakan percuma di luar petak penalti.

Namun percubaan tersebut gagal diambil dengan baik dan berjaya dikeluarkan oleh barisan pertahanan pasukan tuan rumah.

Tidak lama kemudian, giliran Mukhairi Ajmal pula mendapat peluang untuk memberi keceriaan buat kem kebangsaaan, namun percubaan deras beliau sedikit tersasar keluar.

Vietnam memperoleh beberapa peluang terbuka menerusi percubaan berbahaya yang dilepaskan, namun kecemerlangan Syihan bersama barisan pertahanan negara berjaya menafikannya.

Vietnam akhirnya berjaya memperoleh gol sulung mereka pada minit ke-29 menerusi Nguyen Tien Linh selepas tandukan beliau hasil sepakan sudut berjaya menewaskan Syihan.

Pada minit ke-32, penyerang Vietnam iaitu Nguyen Van Toan telah dilayangkan kad merah selepas ada kekasaran dibuat kepada Dominic Tan yang memaksa kad kuning kedua diberi oleh pengadil.

Mukhairi Ajmal sekali lagi melepaskan peluang terbaik buat negara, selepas percubaan beliau pada minit ke-41 berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol lawan.

Bersambung di separuh masa kedua, Vietnam hampir menambah gol kedua mereka selepas ada kesilapan yang dibuat oleh Norhakim Hassan bersama Syihan Hazmi, sebelum percubaan lawan tersasar keluar.

Selepas 60 minit permainan berlangsung, Malaysia jelas lebih dominan ketika menyusun serangan, namun pertahanan tuan rumah juga jelas berdisiplin untuk menafikan segalanya.

Vietnam telah pun dihadiahkan penalti pada minit ke-59 selepas keputusan pengadil jelas sangat meragukan untuk memberi kelebihan buat pasukan tuan rumah.

Malah Azam Azmi yang dikasari oleh pemain lawan pula telah diberikan layangan kad merah untuk terus menimbulkan kemarahan buat kem kebangsaan.

Que Ngoc Hai mudah menewaskan Syihan Hazmi pada minit ke-64 untuk meletakkan Vietnam selesa 2-0 mengatasi skuad kebangsaan.

Tuan rumah menutup malam gemilang mereka menerusi gol ketiga perlawanan hasil jaringan Nguyen Hoand Duc pada minit ke-83, selepas pemain itu mudah melepasi Syihan Hazmi dalam situasi satu lawan satu.

Keputusan kekal tamat dengan Malaysia buat kali pertama tewas dalam saingan Piala AFF 2022 di tangan Vietnam dengan jumlah jaringan 0-3.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia perlu mencipta kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk aksi seterusnya berdepan Singapura.

Walau bagaimanapun, keputusan pengadil yang dilihat sangat meragukan itu jelas memberi impak begitu besar dalam corak permainan Harimau Malaya sepanjang 90 minit perlawanan.

Kesebelasan utama

Vietnam: Dang Van Lam (Penjaga gol), Do Duy Manh, Que Ngoc Hai, Doan Van Hau, Do Hung Dung (Kapten), Nguyen Van Toan, Ho Tan Tai, Nguyen Hoang Duc, Nguyen Thanh Chung, Phan Van Duc, Nguyen Tien Linh

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed (Penjaga gol), Muhammad Azam Bin Azmi Murad, Ruventhiran, Sharul Nazeem Bin Zulpakar, Dominic Tan Jun Jin, Mohamad Faisal Bin Abdul Halim (Kapten), Stuart John Wilkin, Darren Yee Deng Lok, Tuck Lee Andrew, Muhammad Mukhairi Ajmal Bin Mahadi, Brendan Seng Ling Gan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN