Piala AFF 2022: Harimau Malaya Bakal Hilang 21,000 Penyokong Kerana Konsert

Piala AFF 2022
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Hasrat untuk melihat penyokong setia Harimau Malaya memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Sabtu ini nampaknya tidak kesampaian apabila hanya 59,000 tiket sahaja mampu dijual.

Hal ini kerana ketika ini proses pemasangan bagi konsert bagi artis Taiwan, Jay Cou sedang giat dijalankan.

Disebabkan itu juga Malaysia akan kehilangan 21,000 penyokong setia pada hari perlawanan tersebut dan ini sudah pasti bukan sesuatu yang diinginkan oleh pemain dan peminat.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), mereka telah cuba mencari jalan penyelesaian terbaik namun ia tetap tidak dapat dielakkan.

Jika perlawanan menentang Singapura semalam kita mampu mencatat jumlah kehadiran lebih 65,000 penyokong, sudah pasti perlawanan menentang Thailand nanti kita memerlukan lebih ramai orang di stadium untuk memberi semangat kepada pemain.

Berbaki beberapa hari saja lagi, diharapkan pihak FAM dan PSM mampu melakukan sesuatu keajaiban bagi membolehkan orang ramai memasuki stadium.

Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana jadual perlawanan Piala AFF 2022 sudah dikeluarkan dan padang SNBJ tidak harus digunakan bagi tujuan lain terutama konsert yang boleh memberi kesan kepada kepada padang.

Sementara itu, harga tiket untuk perlawanan separuh akhir pertama nanti dikekalkan seperti sebelum ini tanpa ada sebarang kenaikan.

Harga terendah adalah RM30 untuk tempat duduk bebas sementara bagi Premium RM50 dan Grandstand RM60.

Harga untuk kanak-kanak masih kekal RM5.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN