Malaysia berjaya mengejutkan pasukan pilihan dalam saingan Piala AFF 2022 ini iaitu Thailand menerusi kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama itu, jaringan tunggal daripada penyerang sensasi negara iaitu Faisal Abdul Halim sudah cukup untuk membawa satu bekalan gol buat negara sebelum bertandang ke gelanggang lawan.
Separuh Masa
Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 | Sabtu, 7 Januari 2023
MALAYSIA 🇲🇾 1-0 🇹🇭 THAILAND
⚽️ Faisal Halim 11'#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/pcLxq4KEIi
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 7, 2023
Jaringan tersebut juga jelas sangat bermakna buat penyerang tersebut, kerana ianya terhasil pada ulang tahun kelahirannya pada hari perlawanan.
Ketika awal perlawanan, kedua pasukan saling berhati-hati mengawal permainan, dengan tiada sebarang percubaan berbahaya dapat terhasil selepas tiga minit perlawanan berlangsung.
Selepas lima minit perlawanan berlangsung, Thailand perlahan-lahan cuba menguasai di bahagian tengah serta melancarkan beberapa siri serangan, namun ianya dapat diserap dengan baik oleh pertahanan Malaysia.
Sesekali, barisan serangan negara juga tampil dengan sangat baik, selepas ada beberapa kali mereka berjaya mencipta situasi serangan balas pantas untuk memberi masalah buat pasukan lawan.
Malaysia berjaya memecahkan kebuntuan mereka seawal minit ke-10 menerusi Faisal Abdul Halim, setelah penyerang itu mendapat umpanan yang cantik daripada Ruventhiran untuk menceriakan kem kebangsaan sekali gus mendahului pasukan lawan.
Through the keeper's legs, signed by @faisalhalim_7 🇲🇾#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #MASvTHA pic.twitter.com/7SzhkZNBB9
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 7, 2023
Tersentak dengan gol tersebut, Thailand terus meningkatkan asakan mereka selepas itu dalam misi untuk mendapatkan kembali gol penyamaan, menerusi beberapa siri percubaan berbahaya.
Pasukan negara melepaskan peluang terbaik mereka untuk menambah gol kedua permainan pada minit ke-28, setelah rembatan daripada Quentin Cheng sedikit tersasar tinggi biarpun mendapat umpanan cantik daripada Faisal Halim.
Menuju penghujung separuh masa pertama, kedua pasukan dilihat memperlahankan sedikit intensiti permainan, dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.
Kedua pasukan jelas mempamerkan intensiti permainan yang tinggi setelah masing-masing saling berbalas serangan untuk mendapatkan gol.
SNBJ terus bergemuruh selepas Malaysia berjaya memperoleh gol kedua mereka menerusi situasi sepakan percuma yang disudahkan oleh Dominic Tan, namun ianya dibatalkan oleh pengadil atas sesuatu sebab kurang kukuh.
Keputusan pengadil tersebut jelas mengundang kemarahan kem kebangsaan, kerana jika dilihat dengan jelas tiada apa yang salah akan jaringan itu.
Memahami situasi semasa tidak begitu baik buat skuad kebangsaan, Kim Pan-gon telah pun membuat pertukaran beberapa pemain untuk kembali mengimbangi perlawanan.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 | Sabtu, 7 Januari 2023
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇹🇭 THAILAND
🕣 8.30 malam ini
🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/gPs5YmZ8hr— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 7, 2023
Sehingga wisel penamat dibunyikan, Malaysia akhirnya dapat menarik nafas lega selepas mereka berjaya mengesahkan kemenangan mereka untuk membawa bekalan satu gol ke gelanggang lawan.
Jelas Pan-gon memerlukan lebih banyak kerja harus dibuat dalam misi untuk mempertahankan kelebihan tersebut, bagi mengesahkan tempat ke final.
Kesebelasan utama
Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed (Penjaga gol), Quentin Cheng Jiun Ho, Ruventhiran, Sharul Nazeem Bin Zulpakar, Dominic Tan Jun Jin, Mohamad Faisal Bin Abdul Halim, Stuart John Wilkin, Darren Yee Deng Lok, Tuck Lee Andrew, Muhammad Safawi Bin Rasid (Kapten), Brendan Seng Ling Gan
Thailand: Kittipong Phoothawchuek (Penjaga gol), Sasalak Haiprakhon, Theerathon Bunmathan (Kapten), Pansa Hemviboon, Sarach Yooyen, Peeradol Chamrasamee, Teerasil Dangda, Bordin Phala, Kritsada Kaman, Suphanan Bureerat, Ekanit Panya