Piala AFF 2022 Akan Diadakan Dari Disember Hingga Januari 2023

Aksi kejohanan dwitahunan Asia Tenggara, Piala AFF untuk edisi 2022 akan diadakan pada penghujung tahun ini sehingga awal tahun hadapan.

Menurut ASEAN Football Federation (AFF), untuk edisi 2022 ini akan diadakan pada 23 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023.

Edisi 2022 ini juga akan menggunakan format yang sama seperti tahun 2018 iaitu format laman sendiri dan pelawat (home and away).

Format ini akan menyaksikan menyaksikan sesebuah pasukan akan beraksi di laman sendiri dua kali dan bilangan yang sama untuk lawatan ke tempat lawan.

Ianya sekali gus menyaksikan edisi 2022 ini tiada tuan rumah yang tetap memandangkan aksi separuh akhir dan akhir juga akan dijalankan menerusi format timbal balik.

Piala AFF 2022 juga menyaksikan buat pertama kalinya nama rasmi kejohanan akan berubah.

Setelah sekian lama Suzuki menjadi penaja dan namanya adalah Piala AFF Suzuki, edisi 2022 menyaksikan namanya ditukar menjadi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Hal ini kerana, syarikat barangan elektrik dari Jepun itu pula akan menjadi penaja utama kejohanan ini.

Edisi 2022 juga menyaksikan kejohanan akan tamat pada tahun berikutnya – menyerupai edisi 2020 yang berakhir pada 1 Januari.

Piala AFF 2022 akan menjadi tugasan besar yang seterusnya buat Kim Pan-gon dan Harimau Malaya selepas berjaya mengesahkan tempat ke Piala Asia 2023.

Harimau Malaya pastinya mahu mengubat malu yang amat besar apabila tewas di peringkat kumpulan pada edisi lalu. Lebih teruk, musuh tradisi iaitu Indonesia adalah lawan yang menghantar Malaysia pulang.

Dalam masa yang sama, skuad negara pastinya memburu gelaran Piala AFF kedua selepas kali terakhir dimenangi pada 2010.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN