Piala AFF 2022: Adakah Teori Ke Final Setiap 4 Tahun Bakal Terjadi Lagi Buat Malaysia?

Harimau Malaya

Jika melihat kembali rekod Malaysia di Piala AFF sejak 2010, ia seperti sudah ditakdirkan untuk Harimau Malaya bermain di pentas akhir setiap empat tahun sekali.

Adakah ia satu kebetulan atau ia sudah tertulis buat pasukan Malaysia?

Meskipun kejohanan ini diadakan dua tahun sekali tetapi untuk skuad kebangsaan pula memilih empat tahun sekali untuk ke perlawanan akhir seperti ingin mengambil aura kejohanan Piala Dunia.

Pada 2010, 2014 dan 2018 Harimau Malaya berjaya mengetepikan lawan mereka untuk bermain di perlawanan akhir. Kini 2022 kejohanan ini berlangsung, apakah sekali lagi Malaysia akan menjadikan ia realiti?

Skuad kendalian Kim Pan-gon sama seperti pada tahun 2014 apabila ketika itu tiada siapa meletakkan harapan untuk melangkah jauh kerana membariskan kebanyakan pemain berusia atau kuda tua.

Namun jurulatih waktu itu, Dato’ Dollah Salleh melakukan magis dan membawa pasukan ke pentas akhir.

Situasi itu sama seperti sekarang apabila pemain yang dibawa kebanyakannya pemain muda serta pertama kali bermain dalam kejohanan kompetitif. Namun kesemua pemain berada di tahap terbaik untuk melangkah ke pusingan akhir.

Hal ini diakui sendiri oleh Faisal Halim dengan menyatakan pemain yang dipilih mungkin bukan pemain pilihan dan ada yang mengecam di media sosial.

Namun mereka telah membuktikannya dan kini skuad kebangsaan memerlukan sokongan dari peminat untuk meneruskan prestasi cemerlang ini.

Dengan kelebihan tipis satu jaringan, sudah pasti Harimau Malaya harus tempuh 90 minit yang penuh berliku di Bangkok pada malam esok untuk mencari kemenangan agar dapat menamatkan cabaran tuan rumah.

Bagi sesetengah orang, tuah memainkan peranan sangat penting dalam sesuatu perlawanan.

Biar pun ramai melihat skuad Gajah Perang ada kelebihan dan jika prestasi mereka sama seperti di Stadium Nasional Bukit Jalil pastinya Harimau Malaya boleh dikalahkan.

Akan tetapi, jangan sesekali menidakkan keupayaan Harimau Malaya kerana ia mampu untuk melumpuhkan kekuatan gajah di hadapan penyokong tuan rumah.

Sebagai peminat setia Malaysia, kita mengharapkan tuah empat sekali ke pusingan akhir itu benar-benar akan terjadi dan memihak kepada skuad kendalian Kim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN