Saingan Piala AFF 2022 bakal berlangsung tidak lama lagi pada bulan Disember ini, dengan Malaysia ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Singapura, Vietnam, dan Laos.
Untuk saingan kali ini, beberapa rombakan telah dibuat oleh pengendali skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon dengan menyenaraikan beberapa pemain baharu untuk dibawa ke kem latihan pusat.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon memulakan kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi bagi persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
▶️ Lagi gambar di https://t.co/6kbXMs8tza#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/aVdqn48zRG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 29, 2022
Saingan lalu menyaksikan Malaysia menamatkan cabaran dengan sekadar terkandas di peringkat kumpulan dan pastinya siri kebangkitan ingin dilakar tahun ini.
Antara pemain tumpuan negara untuk saingan kali ini terarah kepada penyerang berbisa, Darren Lok selepas rakan sepasukannya iaitu Syafiq Ahmad sah tidak akan menyertai Malaysia.
Lok yang mempamerkan aksi terbaik musim ini bersama Petaling Jaya City (PJ City) menerusi 10 gol dicatat beliau turut menunjukkan prestasi cemerlang ketika saingan King’s Cup lalu di Thailand.
GOOLL!!!
Darren Lok 73'MALAYSIA 🇲🇾 4-1 🇧🇩 BANGLADESH#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/4B8rylRJOn
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2022
Berikut merupakan empat lagi pemain tumpuan yang mewakili negara masing-masing dijangka bakal mempamerkan sesuatu pada aksi Piala AFF kali ini.
Soukaphone Vongchiengkham (Laos)
Kapten Laos ini boleh dianggap sebagai antara pemain berpengalaman dan kunci utama kekuatan pasukan di pentas antarabangsa berdasarkan kualiti dan sumbangannya di atas padang.
https://twitter.com/futboltrotters/status/1546905079961341952?s=46&t=zsqOxCny2OHPY2tE6KW-rA
Soukaphone merupakan pemain yang banyak beraksi di saingan Liga Thailand divisyen kedua sejak 2018 dan kini menjadi salah satu tonggak utama buat Trat FC.
Salah satu aset penting dimiliki beliau terarah kepada larian kencang dibuat dari bahagian sisi serta berkebolehan tinggi untuk mengatasi lawan menerusi skil kawalan bolanya.
Hein Htet Aung (Myanmar)
Pemain ini pastinya sangat dikenali para penyokong bola sepak tempatan selepas beliau semakin menyinar bersama Selangor dalam aksi Liga Super.
Hein merupakan bekas pemain muda terbaik Myanmar pada tahun 2020 dan menjadi salah seorang tonggak yang sering membarisi skuad kebangsaan sejak awal karier beliau selaku pemain bola sepak profesional.
71' GOL | Selangor memecahkan kebuntuan di Kuching menerusi Hein Htet Aung!@sufc_rasmi 0-1 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/q7eA7iTxjb
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 11, 2022
Kelebihan Hein terarah kepada kreativiti beliau dalam mencipta hantaran tepat dalam petak penalti, serta mempunyai kelicikan untuk mengatasi pihak lawan.
Ikhsan Fandi (Singapura)
Penyerang utama BG Pathum United ini pastinya akan menjadi tumpuan ramai kerana prestasinya ketika ini sedang memuncak di Thailand.
Anak kedua kepada pemain legenda iaitu Fandi Ahmad itu dijangka bakal bersama abangnya Irfan Fandi dan Ilhan untuk membawa cabaran Singapura dalam saingan kali ini.
#SGPorElMundo 🇸🇬🗺️
🏆 Thai League 1🇹🇭 (J. 15)
🆚 BG Pathum United 3-1 Chiangrai United👤 Ikhsan Fandi e Irfan Fandi fueron titulares en el BGPU
⚽️ Ikhsan anotó el 1-1 (17') y fue sustituido (67') 🔁
🙌 Irfan volvió a las canchas, tras su lesión
🅰️ Asistió a A. Túñez en el 3-1 pic.twitter.com/XY7dj9tpHS— Singapur 🇸🇬🌎 (@TeamSinga) November 27, 2022
Ketajaman Ikhsan di hadapan gol menjadi senjata buat Singapura untuk merobek gawang gol dan setakat ini 17 jaringan sudah dilakar beliau buat skuad negara.
Nguyen Quang Hai (Vietnam)
Pemain tengah menyerang ini pastinya akan menjadi pemain paling sensasi sekali buat Vietnam berdasarkan rekod beliau yang sangat cemerlang di pentas antarabangsa.
Quang Hai yang kini beraksi dalam saingan Ligue 2 bersama Pau FC telah pun meledak satu jaringan dan dibenarkan kelabnya untuk bersama Vietnam dalam saingan Piala AFF 2022.
Blast off! 🚀
Nguyen Quang Hai knows how to drive them in! 🔥#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #VIEvMAS pic.twitter.com/Q6jEOfTVyR
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 12, 2021
Kelincahan pemain ini sememangnya menjadi mimpi ngeri buat pertahanan lawan untuk cuba mengatasi dirinya selain sangat tajam di hadapan gol menerusi kualiti rembatan beliau.