Masih segar dengan kejayaan mengikat Vietnam baru-baru ini nampaknya Indonesia tampil dengan tonik terbaik menjelang aksi penentuan bertemu Malaysia pada Ahad.
Anak buah Shin Tae-yong berjaya mengejutkan ramai pihak apabila berjaya mengikat juara bertahan tersebut tanpa sebarang jaringan dihasilkan.
Jurulatih tersebut memberi pendapat yang motivasi tinggi dan semangat juang anak-anak buahnya menjadi resepi kejayaan mereka mengikat Vietnam.
Beliau juga menegaskan kepada para pemain sebelum perlawanan, jika dibandingkan mental pemain Indonesia lebih baik berbanding lawan untuk menjadi pembakar semangat.
Majoriti pemain Indonesia pada saingan Piala AFF 2020 adalah bakal muda yang kurang berpengalaman di pentas antarabangsa.
Pada asasnya skuad ini merupakan dibentuk untuk Piala Dunia Remaja B-20 pada tahun ini dengan Indonesia sendiri menjadi tuan rumah.
Ekoran keadaan Covid-19 yang tak menentu selain faktor beberapa negara yang masih mempunyai kadar kes yang tinggi, FIFA membatalkan kejohanan tersebut dan skuad tersebut dikekalkan bagi mencari keserasian dan pengalaman.
Di bawah kejurulatihan Tae-yong, skuad Indonesia kini tampil dengan aksi yang lebih menyakinkan serta mengamalkan corak permainan yang tersusun.
Untuk rekod, pertemuan antara Malaysia dan Indonesia sudah mula pada tahun 1966 dalam saingan Piala AFF.
Keputusan sebelum ini dalam lapan perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan ini saling mengimbangi antara satu sama lain dengan empat kemenangan buat Malaysia dan empat kemenangan juga buat Indonesia.