Piala AFF 2020: Semangat Faisal Halim Membara Untuk Tumbangkan Indonesia

Faisal Halim

Pemain Malaysia, Faisal Halim nyata bersemangat untuk perlawanan pertama beliau menentang Indonesia setelah terlepas tiga aksi sebelum ini akibat positif Covid-19 di Singapura.

Faisal yang dikuarantin selama 10 hari nyata amat ralat dengan situasi yang melanda beliau apabila tidak dapat membantu pasukan beliau beraksi dan hanya mampu melihat dari jauh.

Jelas beliau, situasi yang melanda diri amat menyedihkan. Namun Faisal akui mental dan fizikal beliau berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi menentang skuad Garuda.

Beliau juga menyerahkan segalanya kepada Tan Cheng Hoe mengenai pemilihan pemain dan sentiasa bersedia andai diberi peluang.

Ketika ditanya aktiviti sepanjang tempoh kuarantin, Faisal akui beliau mengekalkan stamina dengan sentiasa menjalani rutin latihan sendiri dalam hotel selain mengikut segala program yang disediakan oleh pihak jurulatih bagi mengelakkan diri tidak melepasi piawaian untuk beraksi.

Mengenai Indonesia, Faisal akui selain Thailand dan Vietnam, pasukan Indonesia juga merupakan lawan yang sangat sukar diatasi dan bakal menjadi satu lagi perlawanan yang mencabar.

Beliau turut menggesa rakan sepasukan untuk memberi yang terbaik sepanjang perlawanan dan tidak sesekali terpedaya dengan corak permainan lawan yang dilihat semakin meningkat dan tajam di hadapan gol.

Menurut Faisal, setelah dianalisa dan mengkaji corak permainan lawan, beliau yakin Indonesia akan memperagakan corak permainan yang berbeza menentang Malaysia berbanding perlawanan sebelum ini.

Sambil menganggap ini sebagai perlawanan penentuan, Faisal tidak sesekali mahu berfikir ini merupakan perlawanan terakhir beliau.

Jelas Faisal dengan segala pengorbanan yang dibuat sebelum ini oleh beliau dan rakan sepasukan, mereka akan bermatian untuk menang dan melangkah lebih jauh dalam saingan Piala AFF 2020.

Malaysia akan menghadapi perlawanan penentuan berdepan Indonesia pada Ahad ini di Stadium Nasional dengan kemenangan sahaja menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN