Piala AFF 2020: Faisal Halim ‘Cili Api’ Harapan Malaysia Untuk ‘Membakar’ Indonesia

Faisal Halim Malaysia Piala AFF Suzuki 2020

Faisal Halim akhirnya mampu menarik nafas lega apabila ‘dibebaskan’ daripada kuarantin wajib selama 10 hari dan dapat diturunkan untuk aksi terakhir peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki 2020 menentang Indonesia.

Pemain berusia 23 tahun itu terpaksa diketepikan untuk tiga perlawanan selepas disahkan positif Covid-19 bersama beberapa pemain lain.

Memetik laporan dari Vocket FC, lafaz syukur itu dizahirkan ketika sesi sidang media pasukan dan beliau mengaku kini berada dalam keadaan baik dan sudah pun kembali menjalani latihan bersama pasukan.

“Alhamdulillah, syukur dapat keluar daripada kuarantin. Cuma, secara jujurnya agak sedih sebab saya tidak dapat beraksi dalam 3 perlawanan,” ujar pemain sayap Terengganu itu.

“Apa yang penting, saya sudah bersedia untuk bermain dan terpulang kepada jurulatih (Tan Cheng Hoe) untuk memberikan peluang untuk saya atau sebaliknya.”

“Saya sendiri perlu mempersiapkan diri saya dahulu. Apa jua sekalipun,mental dan juga fizikal saya dalam keadaan baik dan 100% bersemangat untuk bermain.”

“Memang sukar bagi saya. Agak sedih dengan dugaan yang saya terima, tapi saya sebagai pemain perlu terima apa jua keadaan sekalipun yang melanda diri saya, fikir secara positif.”

Meskipun dikuarantin, Faisal menjelaskan beliau masih dapat mengekalkan kecergasannya dengan melakukan latihan dalam bilik dan ia memberikan kesan yang besar apabila tidak bergelut untuk menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan walaupun sudah 10 hari tidak bersama.

“Sudah tentu saya datang kesini bukan untuk duduk dalam bilik selama 10 hari. Saya datang untuk mengekalkan prestasi yang terbaik saya dalam tahun ini,” tambahnya lagi.

“Tapi apa yang saya boleh buat, ini semua takdir saya terima dengan hati yang terbuka. Apa yang saya perlu lakukan sekarang, kita perlu bangun dan buat sesuatu yang diluar jangkaan orang.

“Apa yang boleh saya katakan, 3 perlawanan sebelum ini memang saya sangat kecewa dan sedih kerana saya tak sangka benda ini berlaku pada saat-saat yang saya ingin bermain.”

Piala AFF edisi kali ini merupakan kejohanan pertama buat Faisal Halim bersama skuad senior negara dan pastinya beliau tidak mahu aksi pertamanya menentang Indonesia akan menjadi perlawanan terakhir buatnya di pentas ini.

Meskipun bertubuh kecil dengan ketinggian 1.6 meter, beliau telah membuktikan reputasinya sebagai salah seorang pemain tempatan terbaik di kancah Liga Malaysia (Liga-M) dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebelum datang ke Singapura, memang saya katakan pada diri saya sendiri ini adalah peluang terbaik untuk saya membuktikan sesuatu dan mampu bermain pada peringkat yang lebih tinggi,” ujar Faisal lagi.

“Sekarang saya boleh katakan, saya jujur kepada semua orang, dari segi mental dan fizikal memang saya 100 peratus bersedia untuk lawan dengan Indonesia.”

“Terpulang kepada taktikal coach kerana dia ada perancangan tersendiri, sekiranya memberikan peluang untuk saya bermain sebagai pemain kesebelasan utama atau pemain gantian.”

“Saya tidak ada masalah, yang mana-mana coach mahukan saya akan buktikan yang terbaik dan saya sedia untuk bermain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN