Singapura memanfaatkan sepenuhnya kelebihan selaku pasukan tuan rumah untuk mencatat kemenangan pertama dalam kempen Piala AFF Suzuki 2020 selepas menewaskan Myanmar 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura.
FT 🇸🇬 Singapore 3-0 🇲🇲 Myanmar.
Lions get off to a winning start in style although foot was taken off the pedal in 2nd half. Ikhsan Fandi a standout with 2 goals and fine all-round display. #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDie pic.twitter.com/EQiYCLSRTs
— Gabe Tan (@gabetan13) December 5, 2021
Pemain pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin muncul penjaring gol sulung Singapura dalam kejohanan ini apabila tandukannya hasil dari sepakan penjuru yang diambil Shahdan Sulaiman pada minit ke-34 tepat menuju ke penjuru kanan gawang.
Skuad kendalian Tatsuma Yoshida itu hanya memerlukan lima minit untuk mencetak gol kedua apabila penyerang muda sensasi, Ikhsan Fandi melepaskan rembatan kencang menerusi kaki kanannya.
🏃♂️⚡️ A counter-attack of blistering pace!
🇸🇬 A composed finish made it all better from a difficult angle for Ikhsan for the second goal of the night! #AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #SGPvMYA pic.twitter.com/3XY0FKk63K
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 5, 2021
Shahdan Sulaiman terus menjadi individu penting untuk mencipta jaringan buat Singapura apabila sepakan percumanya tepat menemui Ikhsan yang melonjak tinggi untuk mananduk masuk gol ketiga pasukan tuan rumah pada penghujung babak pertama.
🇸🇬 Can Ikhsan get his hat-trick tonight? 👀#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #SGPvMYA pic.twitter.com/XquJMbskRx
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 5, 2021
Dengan kelebihan fizikal susuk tubuh yang kekar dan tinggi lampai dimiliki penyerang berusia 22 tahun tersebut ternyata ia memberi kelebihan kepada anak legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad itu terutamanya ketika perebutan bola di udara.
A🔝goal from a well executed set-piece routine 👌
🇸🇬 Once again, Ikhsan is the man! #AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #SGPvMYA pic.twitter.com/4PKxPMUzgp
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 5, 2021
Minit ke-57, Ikhsan menyangka beliau sudah pun meledakkan hatrik apabila tandukannya sudah pun menerjah jaring gol lawan, tetapi jaringan pemain yang berpangkalan di Liga Norway berkenaan tidak dikira setelah panjaga garisan mengesannya berada pada kedudukan ofsaid.
Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan Singapura kini muncul pendahulu kumpulan A dengan kelebihan gol walaupun berkongsi 3 mata bersama Thailand yang menang 2-0 ke atas Timor Leste.