Hanya aksi terbaik sahaja yang mampu diberikan oleh Dominic Tan menjelang perlawanan penentuan menentang Indonesia Ahad ini.
Beliau yang tidak dapat menjanjikan apa-apa nekad untuk memberi segalanya kerana keutamaan ketika ini hanyalah beraksi buat negara.
Jelas Dominic, beliau tidak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa sahaja tetapi nekad beraksi demi negara, keluarga, dan rakan sepasukan yang sentiasa menyokong.
Tambah beliau, ketika liga sudah pun berehat, rakan sepasukan lain masih gigih bersama berjuang demi negara, maka aksi terbaik amat dituntut ketika menentang Indonesia nanti.
Dominic yang mengakui kesilapan beliau ketika bertemu Vietnam sebelum ini tekad bangkit untuk mempamerkan aksi lebih menyakinkan pda perlawanan akan datang.
Sebelum itu, pemain baharu Sabah FC ini dikritik tajam oleh segelintir pemerhati bola sepak negara dek kerana aksi beliau yang agak longgar selaku pemain gantian.
Ekoran masalah kecederaan yang melanda duo pertahanan utama negara, Aidil Zafuan dan Shahrul Saad ketika ini. Ia akan memberi laluan buat Dominic membarisi kesebelasan utama pertahanan negara.
Beliau kemungkinan besar akan bergandingan bersama Dion Cools yang dijangka akan tiba hari ini untuk menyertai perjuangan skuad negara dalam saingan Piala AFF 2020.
Malaysia akan bertemu Indonesia dalam perlawanan winner takes all pada Ahad ini jam 8.30 malam waktu Malaysia.