Satu sidang media melibatkan Kapten Malaysia, Aidil Zafuan dan juga jurulatih, Tan Cheng Hoe baru sahaja selesai dilakukan bersama pengamal media melalui cara virtual.
Sidang media ini lebih kepada melihat persiapan pasukan Harimau Malaya samaada bersedia atau tidak untuk bertemu lawan pertama mereka esok iaitu Kemboja.
Dalam sidang media pertama buat Aidil, beliau melihat prestasi semasa rakan sepasukan dalam keadaan yang terbaik untuk beraksi pada perlawanan pertama esok.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=594038795002694&set=a.382410149498894&type=3
Aidil turut menyatakan bahawa mereka tidak memandang rendah akan pasukan Kemboja dan sudah mengkaji bagaimana rentak permainan lawan yang akan dihadapi.
Beliau juga tidak menolak kebimbangan sedikit apabila melihat persiapan yang sedikit hambar buat pasukan serta tiada perlawanan ujian sebelum saingan Piala AFF berlangsung sebagai pemanas badan.
Tan Cheng Hoe pula sebaliknya melaungkan keyakinan yang tinggi buat pasukannya sambil mengakui lawan kali ini bukan seperti sebelumnya.
Cheng Hoe menganggap Kemboja sebagai lawan yang baik dari segi kepantasan dan serangan balas mereka juga adalah suatu aset berbahaya ketika permainan berlangsung.
Walaupun mengakui ketiadaan Kenny Pallraj dan Akram sedikit merencatkan rencana yang ingin dibuat, Cheng Hoe berharap mana-mana pemain diturunkan mampu memberi yang terbaik.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=594038475002726&set=a.382410149498894&type=3
Ketika ditanya mengenai motivasi penyerang sandaran negara Guilherme De Paula, beliau yakin akan penyerang tersebut sambil menyatakan bahawa De Paula merupakan yang matang dan sentiasa bermotivasi untuk diturunkan.
Pada akhir sidang media, Cheng Hoe berharap agar peminat bola sepak tanah air dapat memberi sokongan yang padu buat pasukan selain berharap dapat mencapai sesuatu yang positif pada perlawanan esok.