Piala AFF 2020: 3 Pemain Selesai Kuarantin, Sedia Perkuatkan Kembali Skuad Negara

Menjelang aksi menentang Indonesia pada 19 Disember ini dalam aksi Piala AFF 2020, skuad negara mendapat perkhabaran gembira yang boleh menjadi tonik motivasi buat para pemain.

Tiga pemain yang sebelum ini dikuarantin setelah positif Covid-19 sudah kembali siap sedia untuk mengharungi cabaran baki perlawanan peringkat kumpulan B.

Faisal Halim, Khairulazhan Khalid, dan Quentin Cheng sah tamat menjalani kuarantin dan bakal kembali menjadi antara pertaruhan utama skuad Harimau Malaya untuk menentang Indonesia.

Ketiga pemain ini sudah pun mendapat surat pelepasan daripada Kementerian Kesihatan Singapura semalam setelah selesai menjalani tempoh 10 hari perintah pengasingan kecuali Quentin Cheng yang hanya memerlukan tujuh hari tempoh pengasingan selepas keputusan yang baik melalui ujian PCR.

Jelas jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe amat gembira dengan situasi ini setelah melalui ujian getir sejak tiba di Singapura.

Beliau juga berkata bahawa tiga pemain tersebut akan mula menyertai sesi latihan penuh bersama rakan sepasukan menjelang aksi seterusnya tidak lama lagi.

Hanya Akhyar Rashid yang masih menjalani tempoh pengasingan dan masih perlu melengkapkan 10 hari sebelum kembali menyertai kem negara untuk terus memberi cabaran.

Mengenai status pemain yang mengalami kecederaan pada perlawanan lalu, Cheng Hoe menyatakan bahawa Aidil Zafuan dan Shahrul Saad mengalami kecederaan harmstring sehingga terpaksa dikeluarkan ketika aksi masih rancak.

Cheng Hoe turut menjelaskan bahawa doktor dan pakar fisioterapi sentiasa memantau dua pemain berkenaan dan memberi laporan dari masa ke semasa sebelum aksi menentang skuad Garuda.

Setakat ini pemain tengah yang bebas dari kecederaan hanya Dominic Tan. Junior Eldstal masih lagi dalam proses pemulihan di bahagian abdomen setelah mengalami kecederaan pada aksi pertama.

Namun, Cheng Hoe dapat menarik nafas lega kembali apabila tonggak tengah Dion Johan Cools bakal tiba pada hari Khamis ini untuk mengisi kekosongan pertahanan andai Shahrul atau Aidil masih belum pulih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN