Piala AFF 2018: Sumareh Sanggup Lupakan Kecederaan Hamstring Demi Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh mahu mencipta sejarah tersendiri dengan mengenggam trofi pertama Piala AFF dalam karier bola sepaknya tahun ini.

Walaupun masih dibelenggu kecederaan hamstring, beliau tetap mahu menyumbang dan menjanjikan aksi terbaik di atas padang jika diberi peluang beraksi.

“Jika perlu berjuang mati-matian untuk Malaysia, saya akan melakukannya kerana ia sangat berbaloi,” katanya kepada Berita Harian.

Pemain kelahiran Gambia itu mengakui dia keletihan selepas menamatkan enam daripada tujuh perlawanan di Piala AFF sejak 8 November lalu dan tidak mempunyai masa untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.

“Sejujurya kami keletihan ketika latihan dan di luar latihan, tapi bukan kami saja yang perlu menghadapinya, negara lain juga berdepan perkara sama. Kami perlu bekerja keras.

“Kami tidak mengadu yang kami keletihan tapi kami melakukan apa yang kami mampu.

“Ia sesuatu yang saya mahu berikan kepada penyokong Malaysia dan saya mungkin perlu menahan kesakitan serta kecederaan kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah.

“Harap tahap kecergasan saya berada pada 100 peratus, tapi jika saya benar-benar tidak boleh beraksi, saya tahu pemain lain yang cergas dan boleh beraksi lebih baik.” jelasnya.

(Photo by Allsport Co./Getty Images)

Sumareh calon pemain terbaik Piala AFF 2018

Malah, beliau turut dicalon bagi Anugerah Pemain Terbaik Separuh Akhir Piala AFF 2018.

Meskipun gagal meledak sebarang gol namun kehadiran pemain kelahiran Gambia itu sudah cukup untuk menghuru-harakan benteng pertahanan Thailand dengan gerakan lincahnya menerusi sayap kanan.

Dua pemain Vietnam turut dicalon bagi anugerah itu iaitu Nguyen Quang Hai dan Doan Van Hau yang menunjukkan aksi cemerlang dalam dua aksi separuh akhir menentang Filipina.

Undian boleh dilakukan di laman https://www.affsuzukicup.com/2018/news/117-general/1362-vote-semi-finals

Setakat jam 11 pagi ini, sebanyak 3,391 undian sudah diterima yang menyaksikan Quang Hai mendahului dengan 60.72 peratus (2,059 undian) diikuti Van Hau dengan 20.17 peratus (684 undian).

Dua pemain Malaysia jauh ketinggalan apabila Norshahrul hanya mendapat 14.57 peratus (494 undian) sementara Sumareh dengan 4.54 peratus (154 undian).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN