Piala AFF 2018: Rahsia Thailand Berada Dalam Poket Shahrel Fikri

Pengalaman penyerang skuad Harimau Malaya, Shahrel Fikri ketika beraksi dalam saingan liga utama Thailand bersama kelab Nakhon Ratchasima FC memberi sedikit kelebihan kepada skuad negara menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala AFF menentang skuad Gajah Putih itu pada hari sabtu ini.

Shahrel yang beraksi selama 5 bulan di Liga Thailand selepas dipinjamkan daripada kelab PKNP FC mengakui telah pun berkongsi segala maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan pemain Thailand dengan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Shahrel Fikri kenal semua pemain Thailand

Sebahagian besar pemain Thailand bukan nama asing buat dirinya kerana sudah mengenali satu sama lain sepanjang di sana. Malah, rakan sepasukannya dari kelab Nakhon Ratchasima turut berada dalam skuad Thailand dalam saingan Piala AFF.

Beliau ialah kapten Thailand dan juga pemain pertahanan, Chalermphong Kerdkaew yang telah bermain bersama Shahrel sepanjang berada di sana.

“Memang benar ketua pasukan Thailand adalah kapten kelab saya. Bagi saya, dia memang pemain terbaik dan sedikit-sebanyak saya tahu kelemahannya.

“Umur dia dalam lingkungan atas 30 tahun dan kepantasan menjadi kekurangannya walaupun dia bijak membaca permainan,” katanya kepada Stadium Astro

Aksi Shahrel Fikri ketika memanas badan sebelum perlawanan menentang Sukothai FC dalam saingan Liga Thailand. FOTO: Nakhonratchasima FC

Thailand gemar bermain corak permainan pantas

Berdasarkan pengalamannya ketika beraksi dalam saingan Liga Thailand, Shahrel turut mendedahkan pemain Thailand mempunyai kualiti yang tersendiri dan corak permainan mereka lebih pantas.

Selain itu, beliau juga menasihatkan rakan sepasukan agar bekerja lebih keras bagi menyekat lawan kerana mereka bukan mudah untuk ditewaskan.

“Permainan Thailand lebih pantas dan agresif, itu pendapat saya. Memang sukar melihat kekurangan mereka.

“Saya harap pemain Malaysia dapat memberikan kerjasama dalam perlawanan nanti.” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN