Piala AFF 2018: Pengendali Timor Leste Kecewa, Kualiti Rumput Stadium Gelora Bung Karno Teruk

rumput

Ketua jurulatih Timor Leste, Norio Tsukitate kecewa dan kurang senang dengan kualiti padang rumput di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) ketika ini.

Tsukitate berkata, kualiti rumput yang teruk di stadium tersebut tidak menepati standard padang bertaraf antarabangsa dan tidak layak untuk dimainkan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2018.

Menurut sumber dari Bola.com, ada beberapa bahagian rumput di SUGBK kelihatan kekuningan dan ada juga yang sudah tercabut dari tanah.

“Kualiti padang di sini sangat buruk”.

“Jelas kelihatan, ada juga bahagian yang tiada rumput”.

Tsukitate juga dalam pada itu sempat membandingkan kualiti rumput di Stadium Rajamangala, Bangkok, yang disifatnya lebih berkualiti berbanding di SUGBK.

Stadium Rajamangala merupakan tempat perlawanan pertama bagi pasukan Timor Leste ketika bertemu Thailand pada hari Jumaat lalu.

“Di Thailand, padang latihan dan tempat perlawanan itu sempurna”.

“Kini, keadaannya berbeza, tidak baik di sini,” kata Norio kepada media selepas menjalani sesi latihan di SUGBK.

Bagaimanapun menurut Tsukitate tiada apa yang boleh dilakukan kecuali perlu meneruskan perlawanan menentang Indonesia seperti dijadual.

Perlawanan diantara Timor Leste dan Indonesia dijadualkan berlangsung pada hari ini, jam 8 malam waktu Malaysia.

Kedua-dua pasukan telah mengalami kekalahan pada perlawanan pertama dan sudah pasti mahu mencipta kemenangan dalam perlawanan ini sekaligus dapat kembali bersaing dalam kumpulan B.

Pernah menerima kritikan

Pada Oktober 2018, pengendali pasukan kebangsaan Qatar bawah-19 ,Bruno Miguel Pinheiro pernah mengkritik kualiti rumput di padang Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Kritikan tersebut dilemparkan kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), selepas perlawanan Piala AFC B-19 2018 yang melibatkan diantara pasukan Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN