Piala AFF 2018: Nasib Sumareh Ditentukan Oleh Doktor Perubatan

Pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh belum pasti diturunkan untuk aksi kumpulan A Piala AFF malam ini menentang Vietnam kerana masih dibelenggu masalah kecederaan hamstring.

Malah, tahap kecergasan beliau masih perlu dipantau kerana tidak beraksi ketika pasukan negara melakar kemenangan 3-1 ke atas Laos Isnin lalu.

Foto: Kosmo

Tan Cheng Hoe tunggu laporan daripada doktor perubatan

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelaskan nasib Sumareh bergantung kepada laporan daripada pasukan perubatan sama ada pemain kelahiran Gambia tersebut boleh beraksi atau tidak malam ini.

“Keadaan Sumareh semakin baik dan kami ada tempoh 24 jam untuk mengetahui (tahap) stamina dan kecergasannya. Kami mahu dia 100 peratus cergas, doktor perubatan akan mengesahkan sama ada dia mampu bermain atau tidak,” katanya seperti dipetik dalam Utusan Malaysia. 

Malaysia memerlukan 3 mata untuk mengesahkan slot separuh akhir

Malaysia kini menerajui Kumpulan A dengan mengumpul enam mata menerusi kemenangan ke atas Kemboja dan Laos. Kemenangan ke atas Vietnam malam ini akan mengesahkan kemaraan mereka di peringkat separuh akhir.

Untuk rekod, Harimau Malaya berjaya menewaskan Vietnam 4-2 dalam separuh akhir kedua di Hanoi pada 2014, namun tewas 1-0 kepada lawan sama dalam persaingan peringkat kumpulan di Yangon pada 2016.

Harimau Malaya
Foto: VOV

Namun, Cheng Hoe menegaskan Vietnam bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan kerana mereka adalah pasukan pilihan dan memiliki reputasi hebat dalam kempen kali ini.

“Saya harap anak buah saya dapat meneruskan momentum dan semangat tinggi ketika berdepan Vietnam yang memiliki pasukan lengkap dan merupakan pasukan pilihan dalam Kumpuan A.

“Pemain perlu kekal fokus dan berwaspada dengan jentera serangan pasukan lawan serta perlu mempamerkan semangat juang dan disi­p­lin tinggi dalam perlawanan esok,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN