Piala AFF 2018: Laos Dakwa Gol Kedua Malaysia Tidak Sah

Penolong jurulatih Laos, Firdaus Kassim kecewa dengan keputusan pengadil dari Thailand – Sivakorn Pu-Udom yang mengesahkan jaringan kedua Malaysia yang dihasilkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-86.

Menurut beliau; pemainnya mendakwa bola itu terlebih dahulu terkena tangan pemain Malaysia dan gol yang dihasilkan tidak sepatutnya dibenarkan oleh pengadil perlawanan.

Firdaus yang tampil pada sidang media selepas perlawanan menggantikan tempat jurulatih V Sundramoorthy berkata, pasukan tuan rumah amat bernasib baik kerana mendapat jaringan kontroversi.

“Mengenai gol kedua saya tidak begitu pasti tetapi pemain saya menjerit gol itu terkena tangan (pemain Malaysia), agak mengecewakan”.

Beliau merasakan jika jaringan itu tidak dikira, keputusan perlawanan mungkin berbeza.

“Bagaimanapun, pengadil perlawanan membenarkan jaringan kontroversi itu dan kami menerimanya, ” kata Firdaus kepada Berita Harian.

Jurulatih kelahiran Singapura itu bagaimanapun mengakui diawal minit perlawanan pasukannya sedang berusaha untuk menyesuaikan corak permainan.

Menurutnya, mereka juga berjaya mematahkan beberapa serangan dari Malaysia. Beliau berhujah: “Pada 10, 20 minit pertama kami mengambil masa untuk menyesuaikan dengan keadaan corak permainan. Kami mengecewakan pemain Malaysia apabila mematahkan serangan mereka untuk tempoh masa yang lama.”

Bangkit semula

Firdaus berkata, pasukannya perlu bangkit bagi menghadapi perlawanan seterusnya bertemu Myanmar di Stadium Nasional Laos, Vientiane pada Jumaat ini.

Beliau turut berharap para pemain Loas terus bersemangat dan sentiasa positif untuk perlawanan akan datang.

“Kami mengambil perlawanan satu demi satu dan selepas ini kami akan balik untuk melakukan proses pemulihan. Menentang Myanmar merupakan satu lagi perlawanan besar.

“Saya mengharapkan pemain menunjukkan semangat juang yang sama serta memiliki keazaman yang tinggi untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN