Piala AFF 2018: Kita Masih Ada 90 Minit Lagi Di Hanoi – Tan Cheng Hoe

Pegendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyatakan keyakinan beliau bahawa Malaysia mampu menjulang Piala AFF 2018 meskipun terikat 2-2 dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam perlawanan yang berlangsung di padang yang basah, Vietnam di hadapan pada minit ke-22 hasil percubaan deras oleh Nguyen Huy Hung yang gagal dikeluarkan oleh pertahanan Malaysia.

3 minit selepas itu, Vietnam menggandakan kelebihan gol menerusi jaringan dari luar kotak penalti oleh Pham Duc Huy selepas diberikan ruang selesa oleh para pemain Malaysia.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – DECEMBER 11: Pham Duc Huy#15 of Vietnam celebrates after scoing theri 2nd goal during the AFF Suzuki Cup final first leg match between Malaysia and Vietnam at Bukit Jalil National Stadium on December 11, 2018 in Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Malaysia merapatkan jurang gol menerusi Shahrul Saad yang menanduk deras sepakan percuma oleh Syamer Kutty Abba. Bersambung pada babak kedua Malaysia menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma cantik Safawi Rasid pada minit ke-62.

Tan Cheng berpuas hati dengan corak permainan pasukan Malaysia. Namun beliau agak kecewa kerana sekali lagi pasukan Malaysia dibolosi pada awal perlawanan. Beliau berkata: “Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan corak permainan para pemain pada hari ini.”

“Namun begitu, sekali lagi kami bolos pada awal perlawanan seperti perlawanan di Hanoi sebelum ini. Jaringan [Vietnam] tersebut berlaku selepas para pemain kita hilang fokus di dalam padang.”

“Syahmi [Safari] dan Aidil [Zafuan] tidak bermain pada hari ini. Namun begitu Amirul Azhan dan Irfan [Zakaria] telah memberikan aksi terbaik mereka pada hari ini. Kami tahu Vietnam memiliki kualiti pemain yang lebih baik. Saya gembira dengan aksi para pemain.”

Tan Cheng Hoe mahu anak-anak buahnya membuktikan kemampuan mereka bangkit di My Dinh pada Sabtu ini. Tan Cheng Hoe menyatakan: “Walaubagaimanapun, saya tetap optimis kita akan mampu bangkit. Ini kerana kita masih ada 90 minit lagi.”

“Ya kami bolos 2 gol, namun kami berjaya bangkit dengan kuat sekali untuk menyamakan kedudukan dengan menjaringkan 2 gol juga. Seperti yang saya katakan tadi, kita masih ada perlawanan kedua di Hanoi.”

Tan Cheng Hoe mengakui para pemain beliau telah bermain dalam intensiti yang sangat tinggi buat pertama kali. Ini kerana sistem permainan Vietnam yang sangat cepat dalam ‘fast break’.

“Ini adalah pertama kali para pemain saya bermain dalam intensiti setinggi ini, ianya bukan mudah. Saya berharap kesemua pemain dapat berehat dan kembali cergas untuk perlawanan berikutnya. Kami tahu Vietnam bukan sahaja bermain baik dalam kejohanan ini, malah mereka telah bermain baik sejak tahun lalu.”

Tan Cheng Hoe berharap para pemain akan belajar sesuatu dalam perlawanan ini.

“Perlawanan demi perlawanan, kita perlu belajar sesuatu daripadanya. Kami bolos kerana isu konsentrasi. Ianya bukan tugas mudah untuk bertandang ke Hanoi. Namun para pemain sudah menunjukkan keyakinan mereka untuk mendapatkan keputusan positif di Hanoi.”

Beliau yakin para pemain akan dapat mengendalikan tekanan ketika beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Vietnam di Hanoi.

“Saya yakin para pemain kita akan dapat mengawal situasi ketika di Hanoi nanti dan mengejutkan pasukan Vietnam,” tambah beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN