Piala AFF 2018: Khairul Fahmi Mahu Kembali Menyinar Bersama Malaysia

Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berazam untuk menjadikan pentas Piala AFF Suzuki 2018 kali ini sebagai medan terbaik buat dirinya kembali menyengat bersama skuad kebangsaan.

Bercakap kepada media kejohanan rantau Asia Tenggara itu, beliau yang terpilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya begitu teruja untuk sekali lagi menabur bakti kepada negara.

Malah bagi Fahmi, beliau mahu melonjakkan kembali karier beliau dengan mempamerkan persembahan yang cemerlang sekiranya diturunkan oleh Tan Cheng Hoe.

“Bagi saya, slogan kejohanan AFF iaitu Time to Shine itu memang kena dengan saya.”

“Saya ingin menyinar kembali dalam kejohanan ini dan mahu melakukan yang terbaik.”

Khairul Fahmi Che Mat mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menepis beberapa percubaan berbahaya. FOTO: Cambodia FA

Fahmi tidaklah mengharap dirinya sahaja yang akan menyinar dalam kejohanan ini, sebaliknya beliau turut mengharapkan pasukan kebangsaan secara amnya akan turut mencipta kejayaan di kejohanan dwitahunan ini.

Fahmi merupakan salah seorang daripada 3 penjaga gol yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe dalam misi mencari kejuaraan kedua dalam kejohanan ini.

2 lagi penjaga gol ada Farizal Marlias dan juga Hafizul Hakim.

Fahmi merupakan salah seorang dari pemain skuad kebangsaan yang menjulang kejuaraan Piala AFF pada 2010 dengan menewaskan Indonesia di perlawanan akhir.

Malaysia akan memulakan kempen dengan bertandang ke Kemboja pada Khamis ini.

Aksi Kemboja-Malaysia akan dilangsungkan pada jam 7.30 malam waktu negara kita.

Semoga berjaya buat Khairul Fahmi dan skuad kebangsaan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN