Piala AFF 2018: Indonesia Persiapkan Diri Dengan Tiki Taka Untuk Hadapi Thailand

Media Indonesia melaporkan bahawa pasukan Garuda itu sudah bersedia dengan tiki taka untuk berhadapan dengan pasukan Thailand dalam pertarungan penting mereka.

Indonesia akan beraksi menentang Thailand dalam perlawanan ke-3 mereka dalam kempen Piala AFF 2018 (ini merupakan perlawanan kedua pasukan Thailand).

Segala perancangan rapi telah dibuat oleh Indonesia. Dalam sidang media perlawanan sebelum ini, jurulatih Indonesia – Bima Sakti memberitahu mereka sudah bersedia dengan pelan pertahanan untuk mengekang ancaman Thailand.

Bima Sakti yakin bahawa pasukan Indonesia tetap memiliki peluang untuk mara. Beliau meyifatkan pasukan Thailand bukanlah pasukan yang tidak boleh dikalahkan. Justeru Bima Sakti menuntuk komitmen tinggi daripada para pemain beliau.

Selain daripada pelan pertahanan Indonesia dijangka akan mempamerkan aksi tiki taka mereka berhadapan dengan pasukan Thailand.

DetikSport melaporkan – wartawan mereka hadir ke lokasi dan memerhatikan sesi latihan di Stadium Rajamangala pada Jumaat lalu.

Wartawan mereka melaporkan bahawa Kurniawan Dwi Yulianto memimpin para pemain untuk memperkemaskan aspek permainan tiki taka mereka. Kurniawan menekankan aspek hantaran yang pantas dan juga berkualiti.

Sebelum ini jurulatih Indonesia – Bima Sakti memberitahu bahawa pasukannya tidak akan bergantung kepada tiki taka semata-mata sebaliknya akan fokus kepada aspek disiplin ketika bertahan serta corak permainan kombinasi yang lain.

https://twitter.com/Pantau_Com/status/1051812669248831493

Indonesia berhadapan dengan misi mustahak di Stadium Rajamangala. Mereka tidak boleh tewas dalam usaha mereka mahu mara ke separuh akhir Piala AFF 2018.

Indonesia memiliki beberapa nama pemain yang mampu memberikan ancaman kepada Thailand termasuk Andik Vermansyah, Alberto Goncalves dan juga si ‘game-changer’ Riko Simanjuntak.

Pasukan manakah yang akan memenangi perlawanan tumpuan ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN