Piala AFF 2018: Beto Tidak Mahu Rakan Sepasukan Indonesia ‘Asyik’ Layan Media Sosial

Penyerang Indonesia, Alberto Gonçalves da Costa atau lebih dikenali sebagai Beto meminta rakan sepasukannya agar berhenti dari bersosial media dan memberi fokus sepenuhnya kepada pasukan sepanjang kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 ini berlangsung.

Menurut Beto, beliau mengakui ada sesetengah pemain terlalu cenderung dan ‘asyik’ melayan media sosial sehingga menyebabkan mereka gagal memberi fokus dalam permainan.

Beto yang merupakan pemain naturalisasi dari Brazil turut berkata, tuntutan dan tekanan para penyokong tegar Indonesia di media sosial juga memberi beban yang besar buat para pemain sehingga mempengaruhi rentak pemain itu sendiri.

“Kami seharusnya melupakan media sosial seperti Facebook atau Instagram agar mampu memberikan fokus sepenuhnya kepada pasukan,” jelas Beto kepada Bola.

Perlu bertenang

Beto juga menasihatkan rakan-rakan sepasukan skuad Garuda itu agar melupakan kekalahan keatas Singapura pada perlawanan pertama.

Pada perlawanan pertama saingan Kumpulan B, Indonesia dikecewakan skuad Kota Singa di Stadium Nasional Singapura apabila tewas kepada tuan rumah dengan keputusan tipis 0-1.

“Kami sebagai satu pasukan harus bersama kerana kami adalah satu keluarga.”

“Kami juga perlu selalu berbincang antara satu sama lain.”

“Kami perlu bersikap optimis dan masih ada tiga perlawanan selepas ini.”

“Bagi kami, yang penting adalah bersikap tenang,” kata Beto.

Buru kemenangan atasi Timur Leste

Skuad Garuda dijadualkan bakal bertemu Timor Leste esok jam 7 malam waktu Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Sudah pasti skuad bimbingan Bima Sakti ini bertekad untuk menebus kekecewaan dengan memberi tentangan sebaik mungkin bertemu Timor Leste. 

Perlawanan ini diramal bakal memihak kepada Indonesia berdasarkan rekod pertemuan dan prestasi kedua-dua pasukan.

Pada pertemuan terakhir, Indonesia berjaya menewaskan Timor Leste dengan keputusan 3-0 ketika aksi persahabatan antarabangsa 22 Ogos 2017 .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN