Piala AFF 2018: Bangkit Ikat Vietnam, Harimau Malaya Bakal Berhadapan Tugas Sukar Di Hanoi

Skuad negara bangkit dari ketinggalan dua jaringan untuk terikat 2-2 menentang Vietnam pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Malaysia yang lebih mengawal permainan pada awal permainan hampir membuatkan penyokong negara melonjak kegembiraan menerusi dua hantaran silang menarik yang terhasil.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – DECEMBER 11: Nguyen Trong Hoang of Vietnam is tackled by Safawi Rasid of Malaysia during the AFF Suzuki Cup final first leg match between Malaysia and Vietnam at Bukit Jalil National Stadium on December 11, 2018 in Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Peluang pertama yang terhidang pada minit ke-13 hasil hantaran daripada Safawi Rasid berjaya dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh Doan Van Hau.

Berselang tiga minit kemudian, Zaquan Adha pula menanduk sedikit tersasar bola ke sebelah kanan pintu gol Vietnam.

Serangan Vietnam yang sesekali menghadirkan bahaya buat skuad negara akhirnya membuahkan hasil apabila menerusi serangan balas pantas menghukum kealpaan pemain negara pada minit ke-22 untuk membuka tirai jaringan buat pelawat.

Hantaran lintang dari bahagian sayap berjaya dihalang Nazirul Naim Che Hashim, bagaimanapun Nguyen Huy Nung yang tidak dikawal dalam kawasan penalti, melepaskan rembatan menerjah gawang walaupun Farizal Marlias meluru untuk berusaha menyelamatkan keadaan.

Foto: FAM

Belum sempat anak buah Tan Cheng Ho memperkemaskan aksi akibat jaringan tersebut, giliran Pham Duc Huy pula membuatkan para penyokong negara tergamam.

Rembatan padu oleh Duc Huy pada minit ke-25 dari luar kawasan penalti skuad negara itu gagal dihalang Farizal untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Berkelebihan dua jaringan ternyata menjadi tonik yang jelas meningkatkan momentum pasukan pelawat untuk terus memburu jaringan ketiga.

Ha Duc Chinh yang berjaya melepasi perangkap ofsaid hampir menjadikan kedudukan 3-0 ketika beliau hanya berhadapan dengan Farizal, bagaimanapun Farizal lebih tangkas bagi menghalang percubaan pada minit ke-31 itu.

Suasana gegak-gempita amat dirasai pada minit ke-36 selepas pemain pertahanan, Shahrul Mohd Saad berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan percuma yang dilakukan Syamer Kutty Abba bagi merapatkan jurang gol.

(Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Kedudukan 2-1 tersebut kekal hingga tamat babak pertama.

Aksi bersambung memperlihatkan corak permainan yang lebih rancak dipamerkan kedua-dua pasukan bagi mengubah kedudukan jaringan.

Kealpaan jentera pertahanan negara hampir memakan diri apabila Irfan Zakaria gagal membendung kepantasan Nguyen Tien Linh yang meluru pantas ke pintu gol skuad negara.

Farizal Marlias bagaimanapun sekali lagi bertindak cemerlang selepas berjaya menghalang percubaan daripada penyerang gantian tersebut.

Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi bergegar pada minit ke-60 hasil ledakan yang dihasilkan Muhammad Safawi Rasid.

Safawi akhirnya membalas kritikan ‘rembatan ke bulan’ terhadap beliau apabila sepakan percuma yang diambil terus menewaskan Dang Van Lam untuk kedudukan kembali terikat.

Tien Linh menjadi individu paling berbahaya buat Vietnam pada babak kedua selepas dua kali beliau menghadirkan bahaya buat skuad negara, namun, penyudah kurang berkesan menggagalkan usaha beliau.

Foto: FAM

Tan Cheng Ho memasukkan Syafiq Ahmad dan Akhyar Rasyid bagi menyuntik tenaga segar di bahagian serangan.

Sepakan percuma cantik dari Syafiq pada masa kecederaan yang berjaya dihalang Van Lan memaksa perlawanan menarik ini berkesudahan dengan 2-2.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi final kedua di Stadium My Dinh pada 15 Disember ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN