Ketua jurulatih Singapura, Fandi Ahmad jelas menunjukkan rasa kecewa apabila kesebelasan pemain utamannya gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas 0-1 keatas Filipina pada aksi semalam.
Singapura berkunjung ke Stadium Panaad Park, dalam misi memburu kemenangan kedua selepas berjaya menundukan Indonesia 1-0 pada perlawanan pembukaan kumpulan B saingan Piala AFF Suzuki 2018.
Bagaimanapun, impian anak buah Fandi Ahmad untuk meraih tiga mata berharga musnah apabila Patrick Reichelt berjaya menjaringkan gol tunggal di minit ke-78.
Fandi mengakui tuan rumah memanfaatkan kecederaan yang dialami pemainnya dengan melakukan serangan demi serangan sehingga berjaya menjaringkan gol.
“Tahniah kepada Filipina. Mereka berjaya memanfaatkan peluang terbaik di saat kami tidak bernasib baik apabila sedang mengalami kecederaan,” Kata Fandi kepada media selepas perlawanan.
“Kami mempunyai beberapa peluang terbaik dari set-pieces, jadi saya fikir kami mampu untuk mengikat perlawanan itu.”
“Saya agak kecewa kerana kami tidak berjaya mendapat sekurang-kurangnya satu mata.
“Ia adalah misi yang kurang baik bagi pihak kami.”
“Kami membenarkan mereka menjaringkan gol, kerana mereka berjaya membina pergerakan dalaman.”
“Bagaimanapun, saya berharap pemain-pemain saya akan belajar dari kesilapan dan membawa pengalaman ini ke perlawanan seterusnya”. ujar Fandi.
Kecederaan pemain gusarkan Fandi
The Lions mempunyai masa selama lapan hari untuk melakukan persedian pasukan sebelum mereka menghadapi Timor Leste di Stadium Nasional Singapura pada 21 November ini.
Namun, Fandi tetap gusar memikirkan mengenai status kecederaan pemain utamanya, Shahril Ishak dan Faris Ramli.
Pada perlawanan semalam, Faris terpaksa dikeluarkan akibat mengalami kecederaan hamstring pada minit ke-67 dan digantikan oleh Shahril.
Kemudian, Shahril yang masuk menggantikan Faris pula mengalami kecederaan dibahagian bahu semasa melakukan perebutan bola.
“Kami mahu membawa Shahril dalam tempoh 30 hingga 35 minit terakhir kerana dia boleh melakukan sesuatu di sana.”
“Tetapi ia adalah satu keputusan buruk, kerana dia mengalami kecederaan di bahunya dan Faris mengalami hamstring.”
“Kami kini perlu memantau dari semasa ke semasa mengenai status kecederaan kedua-dua pemain dan perlu membuat perubahan sewajarnya.”
“Kami tidak mempunyai pemain sandaran lain yang mampu merencanakan taktikal di bahagian tengah, “tambah Fandi.
“Kami perlu membuat perubahan dan mungkin mengubah formasi pasukan”.