Piala AFF 2018: Bima Sakti Risau Diganyang ‘Ultraman’ Adisak Kraisorn

Pengendali Indonesia – Bima Sakti menyatakan kebimbangannya terhadap penggempur utama Thailand – Adisak Kraisorn – menjelang pertemuan Indonesia dan Thailand pada malam ini.

Adisak – yang digelar Ultraman oleh para peminatnya – telah menjaringkan 6 gol ataupun hatrik berganda dalam perlawanan pertama menentang Timor Leste. Pasukan Thailand menang 7-0 dalam perlawanan tersebut.

Thailand akan melayan kunjungan Indonesia pada malam ini untuk aksi kumpulan B – di Stadium Rajamangala. Kedua-dua pasukan terikat 3 mata, namun Thailand masih ada 1 perlawanan kurang berbanding Indonesia.

Bima Sakti sudah mengarahkan para pemainnya untuk menghadapi serangan Thailand dan merantai Adisak Kraisorn dalam perlawanan tumpuan ini.

Bima Sakti berkata kepada wartawan: “Saya sudah memberikan arahan agar para pemain kami bersedia menyerap asakan lawan termasuk Adisak.”

BANGKOK-THAILAND- Action photo during AFF Suzuki Cup 2018 group B between Timor-Leste v Thailand at the Rajamangala National Stadium on November 9, 2018. Picture by Pakawich Damrongkiattisak/Lagardere Sports

“Ini kerana kami tahu Adaisak pemain yang sangat sangat merbahaya.”Kami harus bekerja keras dan mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk perlawanan ini,” tambah beliau lagi.

Bima Sakti mengakui Thailand pasukan yang kuat namun mereka bukanlah pasukan yang tidak boleh dikalahkan.

“Thailand merupakan pasukan yang kuat, tetapi mereka bukan pasukan yang super [tak mampu dikalahkan]. Mereka pastinya ada kelemahan, jadi anda harus bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan itu nanti.”

2 perlawanan pertama Indonesia – mereka tewas sekali di tangan Singapura dan menang sekali ke atas Timor Leste.

Bima Sakti optimis bahawa pasukan Indonesia akan mampu mara ke pusingan kalah mati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN