Piala AFF 2018: Bekas Pemain Beri Kata Semangat, Yakin Peluang Indonesia Masih Ada

Indonesia

Tiada istilah ‘putus asa’ buat pasukan kebangsaan Indonesia apabila mereka perlu berdepan tugas sukar untuk meneruskan perjalanan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 selepas ini.

Faktor itu ditegaskan bekas pemain Indonesia, Kuncoro yang yakin dengan kekuatan pasukan itu untuk mendepani cabaran seterusnya apatah lagi mereka akan bertemu Filipina bagi perlawanan penentuan nasib pasukan untuk kejohanan ini.

Katanya menerusi Bola.net, walaupun harapan itu kecil bagi pasukan, tetapi peluang itu masih ada untuk membuat kejutan.

“Peluang kita (Indonesia) masih ada. Jangan berputus asa lagi. Harapan itu kecil, tetapi peluangnya masih ada.”

Kuncoro yang bermain sebagai pemain pertahanan Indonesia di era 90-an turut berpendapat, pertemuan diantara Thailand dan Filipina sebentar lagi adalah sebagai perlawanan penentu nasib Indonesia.

BANGKOK-THAILAND- Match photo during AFF Suzuki Cup 2018 Final Rounds group B between Thailand vs Indonesia at the Rajamangala Stadium on November 17, 2018. Picture by Thananuwat Srirasant/Lagardere Sport.

Kuncoro meramalkan Thailand akan berjaya menewaskan Filipina, tetapi pasukan itu perlu bekerja keras kerana Filipina akan memberikan sepenuhnya pada perlawanan tersebut.

“Saya yakin Filipina juga akan bermain sepenuh hati menghadapi Thailand.”

“Mereka (Thailand) pula mempunyai motivasi tinggi untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.”

Indonesia kini menduduki tangga ke-4 selepas menghadapi tiga perlawanan dengan hanya mengutip 3 mata apabila berjaya memperolehi satu kemenangan dalam perlawanan menewaskan Timor Leste.

Persaingan kumpulan B masih terbuka buat Indonesia dengan mengharapkan pertemuan diantara Thailand dengan Filipina akan berkesudahan tanpa ada keputusan seri.

Jika kedua-dua pasukan itu seri, maka Indonesia secara automatik akan tersingkir dalam kejohanan ini meskipun mereka masih mempunyai baki satu perlawanan bertemu Filipina pada 25 November 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN