Piala AFF 2018: Corak Permainan Malaysia Di Bawah Tan Cheng Hoe

Dalam analisis ringkas kali ini, kami akan cuba membentangkan tentang corak permainan Malaysia dalam edisi AFF 2018 di bawah Tan Cheg Hoe.

Malaysia tampil dengan ramai pemain baru dalam edisi Piala AFF 2018. Tan Cheng Hoe telah berjaya membentuk pasukan yang mampu bermain sebagai satu pasukan.

Asas

Asasnya, corak permainan Malaysia berteraskan kepada penguasaan bola dan hantaran rendah. Malaysia bergelut dalam beberapa perlawanan pertama untuk membentuk taktikal secara berpasukan.

Seterusnya, sistem ini juga berasaskan sistem pemain sayap yang tradisional yang laju sebagai fokal penting kepada sistem permainan Malaysia. Namun berlaku pertukaran peranan di antara Safawi dan Sumareh dalam beberapa fasa tertentu.

BANGKOK, THAILAND – DECEMBER 05: Supachai Chaided of Thailand battles Safawi Rasid and Mohamadou Sumareh of Malaysia during the AFF Suzuki Cup semi final second leg match between Thailand and Malaysia at Rajamangala Stadium on December 5, 2018 in Bangkok, Thailand. (Photo by Allsport Co./Getty Images)
Formasi

Dari segi formasi, semua kita tahu Tan Cheng Hoe penggemar kepada sistem 4-2-3-1. Namun dalam pasukan yang ada, beliau ada limitasi kepada peranan no.10 sejati.

Jadi, formasi yang paling dekat yang boleh beliau praktikkan adalah 4-4-1-1 dengan menggantikan no.10 dengan peranan penyerang kedua.

Ketika di Kedah, Tan Cheng Hoe menukar (converting) Sandro Da Silva daripada penyerang ke-2 kepada no.10. Dalam tempoh proses tersebut Kedah secara taktikal banyak beraksi 4-4-1-1 sebelum menjadi 4-2-3-1.

Dalam kejohanan Piala AFF 2018 kali ini, masa pastinya terhad untuk mengubah pemain seperti Norshahrul (yang merupakan penyerang kedua sejati) menjadi no.10. Namun Norshahrul membuktikan kualiti ‘poaching’ beliau – kerap berada di tempat yang betul di dalam kotak penalti. Namun Norshahrul perlu memperbaiki aspek keteelibatak beliau pada fasa build up.

Foto: AZHAR MAHFOF

Setakat tarikh artikel ini ditulis, Norshahrul telah menjaringkan 5 gol dalam edisi kali ini (sebelum sepak mula final 1).

Zaquan Adha adalah pemain yang paling fizikal yang Tan Cheng Hoe ada dalam pasukan ini – untuk menjadi target man. Maka tak hairanlah beliau sentiasa mengutamakan pemain ini. Zaquan ada kemampuan di udara yang baik untuk menyambut hantaran lintang.

Jadi, selain daripada kapten, aspek fizikal itu diperlukan Tan Cheng Hoe. Beliau juga pemain yang rajin.

Struktur bertahan

Ketika bertahan, Tan Cheng Hoe menggemari sistem berasaskan 4-5-1 ataupun 4-1-4-1 di mana Norshahrul perlu turun sebagai unit tengah ketika bertahan.

Malaysia bukanlah pasukan yang menekan lawan di garisan tinggi sepanjang masa, namun mereka tetap ada usaha untuk melakukan perkara itu. Dari segi garisan pertahanan – Malaysia kerap menaikkan garisan pertahanan ke zon lebih tinggi untuk membekalkan sokongan kepada serangan.

Malaysia gemarkan high line defending. Namun perlu berhati-hati kerana beberapa kali diatasi lawan kerana organisasi gagal untuk offside trap

Di bahagian pertahanan gandingan bek tengah ‘ball playing + ball winning’ – Aidil Zafuan dan Shahrul Saad setakat ini sangat menjadi. Shahrul Saad boleh dikatakan menikmati prestasi terbaik beliau dalam karier antarabangsa.

Shahrul Saad lebih agresif dan klasik cara pertahanan beliau. Manakala Aidil mampu menggerakkan bola dan mengolah asas gerakan.

Struktur tengah

Tan Cheng Hoe menggemari sistem berasaskan pivot kembar. Pada 2 perlawanan pertama, Syamer Kutty dan Akram Mahinan terlalu statik.

Namun selepas itu isu itu diperbaiki dengan Syamer Kutty Abba mulai lebih cepat ‘berpecah’ dengan kembar (pivot) beliau ketika menyerang. Jika Syamer memperbaiki aspek ‘playmaking’ beliau, Syamer pastinya akan lebih menikmati kebebasan yang diberikan oleh Tan Cheng Hoe kepadanya.

Sistem serangan

Malaysia berasaskan binaan serangan dengan bola rendah. Mereka akan cuba melakukan binaan serangan daripada penjaga gol.

Bahagian tengah menjadi struktur penting skuad Tan Cheng Hoe di mana 2 pemain sayap iaitu Sumareh dan Safawi akan cuba membentuk rantaian dengan Zaquan Adha di hadapan. Norhshahrul akan bergerak lebih bebas untuk menghidu bola kedua ataupun ‘poaching’.

Struktur serangan Malaysia dengan ‘overload’ kotak penalti. Bek sisi menyokong di width

Tan Cheng Hoe menggunakan sistem pemain sayap tradisional dalam permainan beliau. Pemain berkaki kanan di sayap kanan dan pemain berkaki kiri di sayap kiri.

Safawi awalnya bergelut untuk mendapatkan rentak, namun pemain itu meningkatkan keupayaan beliau untuk menyokong sistem tersebut. Sistem ini juga memberikan manfaat kepada Sumareh untuk berada di posisi kanan.

2 bek sisi akan membekalkan sokongan di ‘width’. Syhami Safari antara pemain yang paling menyerlah dengan sistem membenarkan bek sisi menggunakan ruang dan jarak setinggi yang mungkin di dalam padang.

Syahmi antara penghantar bola lintang utama Malaysia. Namun malangnya beliau tidak akan beraksi dalam final pertama. Bek sisi ofensif menjadi lapisan penting untuk Malaysia menambah unit di bahagian tengah untuk menolak pemain sayap ke zon serangan.

Ini adalah penjelasan ringkas sistem bek sisi Malaysia membantu membentuk unit lebih stabil di tengah ketika berhadapan Thailand di Bukit Jalil.

Tan Cheng Hoe menggemari bek sisi yang bagus dengan bola di kaki. Namun begitu pemain seperti Nazirul Naim walaupun agak klasik dan lebih keras, beliau tetap tidak ada masalah untuk bermain dalam pasukan ini.

Rumusan

Kekuatan utama pasukan ini adalah semangat berpasukan. Tan Cheng Hoe berjaya membentuk pasukan yang mahu berjuang walaupun ada pemain yang dianggap ‘mediocre’.

Apa yang jelas pasukan ini sangat mencabar kredibiliti Tan Cheng Hoe untuk memperbaiki aspek kelemahan permainan dalam masa terhad. Beliau berhadapan dengan isu mengumpul pemain terbaik di dalam Liga Malaysia ada pelbagai faktor.

Dalam perlawanan pertama dan kedua – para pemain Malaysia berhadapan dengan isu hanya tahu menguasai bola namun tidak tahu apa harus dilakukan untuk lebih tajam dalam aspek serangan.

Selepas itu Malaysia memperbaiki aspek killer passes dan ianya membolehkan Malaysia lebih baik dalam mencipta peluang. Cuma kadangkala aspek teknikal memainkan peranan penting.

Misalnya menentang Thailand dalam separuh akhir pertama. Malaysia kalau lebih tajam dalam penyudah, senang sahaja Harimau Malaya menyelesaikan urusan separuh akhir dalam perlawanan itu dengan 3 ataupun 4 gol.

Hal itu diakui oleh kem Thailand yang merasakan mereka bernasib baik untuk seri 0-0. Namun aspek teknikal itu sangat terhad kuasa Tan Cheng Hoe ke atasnya kerana beliau menyediakan taktikal. Jika pemain 1 lawan 1 dengan penjaga gol tak masuk, takkan nak salahkan taktikal Tan Cheng Hoe?

Tan Cheng Hoe sudah menunjukkan beliau dalam proses pembentukan pasukan berdasarkan sistem permainan yang beliau inginkan.

Dalam edisi ini Tan Cheng Hoe menggunakan pendekatan formasi yang tradisional namun disulami dengan permainan berteraskan hantaran rendah yang penting dalam bola sepak moden. Beliau memiliki masa dan kesempatan yang sangat terhad pada fasa persediaan.

Bagi kami, pasukan ini sudah melangkaui ramalan ramai pihak yang tidak meletakkan harapan yang tinggi bebanding dengan Vietnam, Thailand, dan Filipina. Kini tinggal 180 minit lagi untuk diselesaikan bagi pasukan ini mencipta sejarah mereka tersendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN