Walaupun memiliki abang kepada Paul Pogba, Florentin di benteng, ATK Mohun Bagan tetap ditewaskan KL City di semifinal Inter-zon Piala AFC 2022 dengan keputusan 3-1, sebentar tadi. KL City mara ke final Inter-zon.
Mereka ‘mengorbankan’ penyerang yang baru menyertai pasukan, Dimitri Petratos untuk menyenaraikan Pogba untuk menghalang hajat KL City.
Babak pertama menyaksikan KL City lebih bertahan berbanding melakukan serangan ke kubu tuan rumah, ATK Mohun Bagan yang tampak tenang.
Pengendali, Bojan Hodak memilih merehatkan terlebih dahulu penyerang, Romel Morales dan mengharapkan Jordan Mintah sebagai penyerang utama. Mintah memiliki dua peluang terbaik untuk meledak jaringan.
‘The Mariners’ dilihat lebih ofensif apabila pelawat bermain agak ke bawah untuk bertahan dengan meletakkan formasi 4-2-3-1 sebagai taruhan. ATK Mohun Bagan tampak menggunakan koridor di kanan dan kiri menerusi Liston Colaco dan Joni Kauko untuk menekan benteng pertahanan pelawat.
📋 LINE-UPS | 🇮🇳 @atkmohunbaganfc 🆚 @KLCityFootball 🇲🇾
⏰ Less than an hour till the Kolkata giants take on debutants from Kuala Lumpur as both teams look to secure the inter-zone final spot! 🎯
Watch 𝗟𝗜𝗩𝗘: https://t.co/HPs7YiKdri#AFCCup2022 | #AMBvKLC pic.twitter.com/IE0DDz1bfR
— #AFCCup (@AFCCup) September 7, 2022
Minit ke-17, bek kanan KL City, Kamal Azizi terlepas kawalan Colaco yang akhirnya telah membolehkan lawan melepaskan percubaan pertama ke gawang ‘The City Boys’ yang cemerlang diselamatkan Azri Ghani.
Seminit kemudian, Mintah hampir membolosi gawang lawan, namun pertahanan lawan pantas mengeluarkan bola dari kawalan pemain itu. Sekali lagi, menerusi sepakan penjuru, penyerang berusia 26 tahun itu hampir mencetak gol selepas lambungannya sedikit melewati palang gol.
Tuan rumah tiba dua kali menguji pelawat menerusi percubaan Manvir Singh dan Colaco, namun ia gagal disudahkan di minit ke-36 dan ke-42.
Babak kedua bermula dengan tekanan demi tekanan di ‘defensive third’ KL City, namun benteng pelawat yang diterajui Irfan Zakaria, Giancarlo Gallifuoco, Kamal Azizi dan Declan Lambert dilihat kukuh bertahan.
Tuan rumah masih mengharapkan Colaco untuk menjadi fokal serangan mereka di sebelah kiri. Kelincahan pemain berusia 23 tahun itu sedikit menyusahkan Kamal Azizi yang beberapa kali dilihat terlepas kawalan.
Hampir sejam diasak, kapten ‘The City Boys’, Paolo Josue meledak jaringan sensasi untuk meletak mereka di depan. Menerima hantaran Akram Mahinan, pemain tengah itu melepaskan rembatan deras dengan kaki kiri dari luar kotak penalti untuk tewaskan penjaga gol, Vishal Kaith.
🇲🇾 KL City are in the building!
Watch LIVE 📺 https://t.co/mVGQKfrRfY #AFCCup2022 | #AMBvKLC pic.twitter.com/5UWShz2UE8
— #AFCCup (@AFCCup) September 7, 2022
Hodak pantas membuat dua pertukaran selepas itu dengan memasukkan Romel Morales dan Zhafri Yahya untuk Mintah dan Hadin Azman.
Ini mungkin bagi memburu lagi jaringan tambahan untuk pelawat lebih selesa walaupun acapkali ditekan pasukan tuan rumah sepanjang aksi.
Minit ke-72, hantaran baik Ryan Lambert berjaya menemui Zhafri, namun pemain tersebut hanya melepaskan rembatan tersasar dari gawang.
‘The Mariners’ terus memberi tekanan kepada pelawat dengan asakan bertubi-tubi, tetapi KL City dilihat kukuh bertahan untuk mencipta sejarah.
🔴 𝐐𝐔𝐀𝐋𝐈𝐅𝐈𝐄𝐃 🔴
🇲🇾 Kuala Lumpur 'The City Boys' continue their dreamy run in their debut campaign as they reach the Inter-Zone Final! #AFCCup2022 pic.twitter.com/1rMQhhqG4w
— #AFCCup (@AFCCup) September 7, 2022
Di hujung perlawanan, pemain gantian, Fardin Ali Molla berjaya meledak gol yang dicari-cari, jaringan penyamaan buat ATK Mohun Bagan. Bola yang ditepis Azri Ghani disambutnya dengan rembatan menggegar gawang.
Namun, ia tidak bertahan lama. seminit kemudian, Fakrul Aiman menanduk masuk sepakan percuma Josue, meletak semula ‘The City Boys’ di depan.
Sebelum pengadil meniup wisel penamat, Morales berjaya menambah satu gol lagi buat KL City selepas kesilapan pertahanan lawan terlepas kawalan bola yang dimanfaatkannya. Kelebihan besar buat pelawat untuk menang.
KL City akhirnya mencipta satu lagi sejarah apabila mara ke pentas final Inter-zon Piala AFC untuk bertemu FC Sogdiana Jizzakh selepas ini.