Saingan Piala AFC 2022 telah pun tamat dengan Kuala Lumpur City (KL City) gagal mencipta sejarah tersendiri untuk menjadi pasukan kedua mewakili Malaysia menjadi juara.
Beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), KL City gagal memberikan aksi terbaik mereka untuk mencipta kejutan ketika bertemu wakil dari Oman iaitu Al Seeb.
Menerusi keputusan penuh 0-3, Al Seeb berjaya mengetepikan KL City yang kali ini tampil dengan serba tidak menjadi di segenap arah.
Tiga jaringan lawan menerusi Ali Sulaiman, Abduaziz Al-Muqbali, serta Muhsen Al-Ghassani cukup untuk membuatkan mereka tampil selaku juara Piala AFC musim ini.
What a debut campaign. The City Boys played their hearts out, and showed immense mentality throughout this year, overcoming struggles and adversity. So proud of the City Boys 🔴⚪️
Tetap kita joget. Sinaran berterusan. Sampai Mati Kuala Lumpur! 🔥#KLCityFC #KLPride #AFCCup2022 pic.twitter.com/TIVh5yvL9k
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) October 22, 2022
Walaupun tampil dengan beberapa siri percubaan berbahaya, KL City gagal untuk memperoleh sebarang jaringan sebagai gol sagu hati permainan.
Terdapat beberapa kelemahan yang dilihat agak ketara membabitkan pasukan kendalian bojan Hodak sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Pertahanan terlalu rapuh
Sepanjang perlawanan berlangsung, Al Seeb dilihat begitu mudah untuk menghadapi cabaran pertahanan KL City menerusi hantaran-hantaran pendek mereka.
KL City yang tampil untuk menggandingkan pasangan Irfan Zakaria dan Giancarlo Gallifuoco, setelah kedua pemain ini berjaya mempamerkan persefahaman baik sebelum itu.
Namun kedua mereka gagal untuk menyerap asakan dengan lebih baik serta tidak mempunyai kepantasan lebih tinggi untuk menghalang larian-larian deras daripada lawan.
🇴🇲 The first Omani team to play in the #AFCCupFinal!
🤨 How impressed have you been with Al Seeb's performance so far?
📺 Watch 𝗟𝗜𝗩𝗘: https://t.co/HPs7YiKLgQ#AFCCup2022 | #KLCvSEB pic.twitter.com/5FbUFPyXSi
— #AFCCup (@AFCCup) October 22, 2022
Malah, ada sesetengah situasi mereka naik terlalu tinggi dan mudah diambil kesempatan oleh pemain Al Seeb untuk membuat serangan balas berbahaya.
Kelompongan teruk di bahagian tengah
Al Seeb jelas tidak menghadapi kesukaran untuk mengawal tempo perlawanan sepanjang 90 minit, setelah mereka mendapat ruang secukupnya untuk menguasai di bahagian tengah.
Gandingan antara Ryan Lambert dan Akram Mahinan gagal untuk menyaingi pemain lawan yang ditunjangi Daniel Ajibola dan Eid Al-Farsi sepanjang permainan berlangsung.
Malah, Akram seolah tidak memainkan peranan beliau dengan lebih baik untuk mengekang pergerakan lawan di bahagian tengah untuk mencipta peluang.
Tiada kreativiti serangan
Walaupun mempertaruhkan gandingan pemain serangan terbaik mereka iaitu Paulo Josue dan Romel Morales, kedua pemain ini dilihat sangat terbatas dari segi pergerakan di hadapan gol lawan.
Mujur Zhafri Yahya tampil dengan agak positif, apabil beliau lebih banyak mewujudkan ancaman berbahaya untuk mencari gol buat KL City.
💪 Paulo José has contributed 60% of KL City's goals in #AFCCup2022!
🥅 Can he find the back of the net in the closing minutes to get his side back into it?
📺 Watch 𝗟𝗜𝗩𝗘: https://t.co/HPs7YiKLgQ#AFCCupFinal | #KLCvSEB pic.twitter.com/7LYiZzQaDX
— #AFCCup (@AFCCup) October 22, 2022
Selain faktor disiplin pertahanan lawan yang tinggi, barisan pemain serangan KL City sendiri gagal untuk memanfaatkan setiap peluang terhidang depan gol.