Piala AFC: Diikat Tampines Rovers, Raul Longhi Masih Menunggu Kemenangan Pertama

Raul Longhi masih lagi mencari kemenangan pertama untuk 90 minit beliau bersama JDT. Setakat ini, Raul Longhi sudah mengendalikan 3 perlawanan. 2 keputusan seri dan 1 kekalahan direkodkan setakat ini.

(Nota editor: Menentang Sabah JDT seri, dan menang masa tambahan 30 minit)

Tampines Rovers meneruskan rekod tanpa kemenangan dalam Piala AFC 2018. Mereka juga sudah tak menang dalam 5 perlawanan terakhir mereka, menyamai rekod tak menang dalam 5 perlawanan pada Jun-Julai 2017.

Kedua-dua pasukan dalam usaha mahu bangkit daripada kekalahan dalam perlawanan Piala AFC sebelum ini.

Menentang JDT, Tampines berjaya mengikat pasukan pilihan dari Malaysia itu dengan kedudukan 0-0. Itu adalah mata sulung mereka dalam Piala AFC musim ini.

Raul Longhi menggunakan tenaga 100% anak tempatan untuk kesebelasan utama JDT.

JDT agak bergelut dan kurang disiplin dalam perlawanan ini. Mereka mengutip 3 kad kuning dalam perlawanan ini.

Raul Longhi membawa masuk Hariss Harun dan Safawi Rasid pada separuh masa kedua untuk memperbaiki aksi pasukan mereka di dalam padang.

Penjaga gol Tampines, Syazwan Buhari cemerlang di belakang dengan menafikan beberapa percubaan bahaya JDT. Beliau turut menafikan usaha Aidil dengan point blank save.

Sebelum tamat, Tampines hampir mendapat gol kemenangan menerusi Amirul Adli namun dikeluarkan oleh Afiq Fazail.

Keputusan ini membuatkan JDT masih 3 mata di belakang Nghe An yang mencatatkan seri dengan Persija. JDT berada di tangga ke-2 walaupun sama mata dengan Persija Jakarta kerana kelebihan perbezaan jaringan.

Tampines kekal di dasar kumpulan H dengan 1 mata. Misi mustahil untuk pasukan dari Singapura ini untuk mara ke pusingan kalah mati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN