Piala Asia B-23: Misi Ambil Pengalaman Selesai, Giliran Thailand Tamatkan Terus Cabaran Malaysia

Impian untuk melihat skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) melangkah lebih jauh dalam kejohanan Piala Asia B-23 nyata tidak kesampaian apabila Malaysia mencatat kekalahan kedua semalam di tangan Thailand dengan keputusan 0-3.

Beraksi di Stadium Bunyodkor, Tashkent, skuad kendalian Brad Maloney gagal untuk mencipta sebarang keputusan positif walaupun bermula dengan baik ketika awal perlawanan untuk mencipta beberapa peluang.

Thailand terlebih dahulu memperoleh jaringan pertama mereka menerusi penyerang lincah, Suphanat Mueanta pada minit ke-23 hasil kesilapan pertahanan untuk menutup ruang lebih awal dan bola rembatan penyerang tersebut terbias kepada Harith Haiqal sebelum menembusi gawang gol.

Keputusan kekal di separuh masa pertama dengan Malaysia ketinggalan satu gol di belakang Thailand dan gagal untuk menyamakan kedudukan walaupun ada beberapa peluang terbuka.

Bersambung di separuh masa kedua, Malaysia hampir untuk kembali menghidupkan peluang menerusi penyerang gantian iaitu Hadi Fayyadh pada minit ke-60, namun ketangkasan penjaga gol lawan berjaya menafikan percubaan tersebut.

Malaysia terus mengalami kesukaran untuk mencipta sebarang ruang bagi memperoleh gol setelah pertahanan lawan dilihat begitu stabil untuk menyerap sebarang asakan skuad kebangsaan.

Thailand meneruskan kemaraan mereka untuk mencatat gol kedua perlawanan menerusi Channarong Promarikaew setelah pemain tersebut menerima umpanan cantik daripada Nico Mickelson pada minit ke-69.

Malaysia yang dilihat semakin tertekan lebih banyak menyerap asakan lawan dan seolah tidak tahu apa perlu dilakukan mereka untuk mendapatkan jaringan.

Sebaliknya, Thailand terus selesa dengan gol ketiga mereka pada minit ke-73 menerusi Mueanta yang terus meranapkan impian Malaysia untuk mencipta sebarang kebangkitan dalam perlawanan tersebut.

Keputusan kekal tamat dengan Thailand mudah mengatasi cabaran skuad kebangsaan dengan keputusan penuh 0-3 di Stadium Bunyodkor dalam aksi kedua peringkat Kumpulan C.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kedua Malaysia setelah sebelum itu mereka turut tewas ditangan juara bertahan, Korea Selatan dengan keputusan 4-1 beberapa hari lalu.

Hasil dua kekalahan tersebut menutup terus ruang untuk pasukan muda negara mengintai ke slot peringkat seterusnya setelah dua lagi pasukan dalam Kumpulan C iaitu Thailand dan Vietnam terikat seri 1-1.

Menerusi carta Kumpulan C, Korea Selatan dan Thailand kini unggul berada di kedudukan teratas diikuti oleh Vietnam yang mengutip dua mata serta Malaysia yang kini tercorot.

Malaysia bakal berdepan perlawanan terakhir mereka yang dilihat tidak membawa sebarang makna dengan menentang Vietnam.

Walaupun tidak membawa apa-apa peluang lagi, kemenangan ke atas Vietnam mungkin dapat mengubati sedikit kemarahan para penyokong yang nyata tidak senang dengan dua keputusan sebelum itu dalam saingan Piala Asia B-23.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN